
SELAMAT DATANG KE RAJA BRIYANI CATERING






PAKEJ KATERING 2023 UNTUK 100 PAX HINGGA 900 PAX SEKITAR SELANGOR, PUTRAJAYA & KUALA LUMPUR
Tengah rancang majlis kecil bagi tahun 2023?
Nak buat majlis yang simple je?
Nak buat majlis sekitar Kuala Lumpur & Selangor?
Tahniah, anda kini berada di tempat yang tepat. Biar kami bantu uruskan katering di majis perkahwinan, akikah atau apa jua majlis yang anda anjurkan.
Kes Yang Biasa Terjadi Kalau Silap Pilih Syarikat Catering…
“Order 500 pax, tapi makanan yang sampai macam 300 pax je.. Pukul 1 petang dah licin”
“Masa Food Tasting sedap, bila hari majlis tak sedap!”
“Harga katering memang murah tapi… Nasi tawar, lauk rasa kicap dengan sos jer… Malunya kat tetamu!”
Jangan biar kejadian di atas berlaku di hari istimewa anda. Majlis perkahwinan sepatutnya menjadi detik yang paling indah dalam hidup anda. Makan bersama dengan insan tersayang, bertemu kawan lama, penuh gelak tawa dan segalanya seharusnya indah.
Raja Briyani Catering akan memastikan tetamu anda tersenyum lebar menikmati juadah yang disajikan. Kami akan pastikan semua makanan cukup, jadi tiada seorang pun tetamu yang pulang dengan perut kosong!

3 SEBAB KENAPA PERLU PILIH SERVIS KATERING KAMI

Tetamu datang bukan nak jamu mata tapi nak jamu perut. Rasa penat memandu ke majlis anda terus hilang di saat menjamah Nasi Briyani kami. We’re the best caterer yang pakar dalam masakan Briyani!

Hari perkahwinan memang stress buat semua. Dari malam sampailah ke pagi. Mujur ada staf kami yang terlatih dan murah senyuman. Hati tenang, perut jadi kenyang.

Tak semestinya makanan yang premium itu mahal. Buktinya, harga kami memang berpatutan untuk kualiti makanan setanding hotel 5 bintang!
PAKEJ KATERING 100, 500 HINGGA 900 PAX
- 7 MENU + PRAMUSAJI
- Nasi Briyani/Nasi Minyak
Nasi Putih 10% - Ayam Masala/Ayam Berempah
- Daging Masak Hitam/Daging Kurma
- Pajeri Nenas Berempah/Masak Lemak Pucuk Ubi
- Air Asam Kerisik
Papedom - Buah Oren
- Air Sirap Oren/Sirap
- Peralatan Hidang
- Pramusaji
- 7 MENU + PRAMUSAJI
- Nasi Briyani/Nasi Minyak
Nasi Putih 10% - Ayam Masala/Ayam Berempah
- Daging Masak Hitam/Daging Kurma
- Pajeri Nenas Berempah/Masak Lemak Pucuk Ubi
- Air Asam Kerisik
Papedom - Buah Oren
- Air Sirap Oren/Sirap
Air Mineral - Peralatan Hidang
- Pramusaji
Maaf ya.. Tempahan di bawah 300 pax tak boleh pilih menu. Kami akan masak mengikut menu pelanggan lain yang tempah dalam kuantiti besar
Klik di Bawah Untuk Lihat SOP Terkini Bagi Majlis Perkahwinan, Pertunangan dan Aqiqah
Nak Tengok Menu Katering Kami?
TESTIMONI
ANIS SUPRAN
“Alhamdulillah open house raya berjalan lancar. Kami puas hati dengan servis.
Setup khemah awal, 2 hari awal. Pekerja yang dihantar cekap. Menu sedap terutama daging masak hitam. Kuih cucur badak pun sedap. Kesimpulannya, kami sekeluarga berpuas hati dan ramai tetamu yang tanya pasal Raya Briyani Catering. InsyaAllah kalau ada rezeki, kami akan guna servis Raja briyani Catering lagi.”
RAZLAN
“Syukur, ramai tetamu bagitau makanan memang sedap. Pajeri siap ada tetamu minta tapau sebab dia kata sedap. Geng-geng lelaki saya kata masakan kambing memang terbaik. Saya dan family betul-betul happy! Keep it up!”
NYNY AZAHAR
“Alhamdulillah fast response dan layanan terbaik dari sebelum, semasa, dan selepas majlis. Ambil pakej hulubalang untuk 100 orang (harga dan pakej berbaloi walaupun jumlah tetamu tidak ramai) dan tetamu semua puji makanan sedap. Kuah dan sambal banyak (plus point untuk mereka yang suka makan berkuah). Inshaa Allah akan ambil lagi service daripada Raja Briyani Catering.”
“DAGING EMPUK… Senang nak makan. Tak payah nak tarik-tarik”
“Kalau boleh nak bagi 6 bintang kat katering korang sebab MAKANAN MEMANG SEDAP sangat-sangat!”
“Nasi Briyani sedap sangat. Beras HIGH QUALITY. Nasi tak melekat langsung”
Dah Sedia Untuk Dapatkan Servis Katering Kami?

TIPS ‘SURVEY’ SERVIS CATERING YANG BERKUALITI :
- Tengok ‘review’ dari pelanggan lain di ‘Google Maps’, YouTube atau di Facebook syarikat katering tersebut.
- Dapatkan ‘feedback’ dari mereka yang pernah mengambil servis dari mana-mana syarikat katering.
- Jangan mudah tertarik dengan pakej katering murah. Sebaliknya minta ‘tester’ atau hadir ke sesi ‘Food Tasting’ untuk rasa sendiri kualiti makanan. Selalunya pakej serendah RM5.00-RM7.00 per pax mengurangkan bahan dan rempah dalam masakan.
- Tahu lokasi pejabat urusan syarikat katering berkenaan untuk mengelakkan anda ditipu.
- Lihat website syarikat katering tersebut. Syarikat katering yang bagus biasanya mempunyai ‘wajah’ website yang tersusun, profesional dan lengkap dengan info.
Serahkan sahaja kepada Raja Briyani Catering untuk menyediakan SAJIAN TERBAIK buat tetamu anda!

7 TAHUN PENGALAMAN
Pilih Syarikat Katering Perkahwinan Yang Berpengalaman
Kami amat percaya reputasi adalah perkara WAJIB dalam mana-mana perkhidmatan katering perkahwinan.
Pengalaman selama 7 tahun membuatkan kami berjaya memberi kualiti servis terbaik pada harga yang berpatutan.

KATERING MURAH NAMUN KUALITI TETAP TERJAGA
Selalunya bila kita dengar jika ada syarikat katering yang menawarkan pakej katering murah, pasti terbayang mutu sajian biasa-biasa, nasi beriani rasa kosong, lauk rasa sos atau kicap dan bermacam lagi.
Kami di Raja Briyani Catering sentiasa menitik beratkan mutu sajian kami. Daripada pemilihan ramuan hingga kepada penyediaan makanan semuanya dilakukan dengan teliti.

Nasi Briyani yang kami sediakan hanya menggunakan 100% Beras Panjang Basmathi yang dikukus bersama ramuan herba terpilih sehingga menghasilkan aroma yang sangat wangi selepas dimasak.
TEKSTUR NASI GEBU, AROMA WANGI
Kami hanya menggunakan beras panjang Basmathi 100% dalam Nasi Briyani kami tanpa campuran beras biasa. Oleh itu, tekstur Nasi Briyani kami sangat gebu, tak berkanji dan berketul serta jatuh berderai bila disenduk ke dalam pinggan.
Dengan aromanya yang harum dan rasa rempahnya yang secukup rasa, ratah nasi sahaja pun dah sedap! Ramai pelanggan kami memuji kualiti masakan Raja Briyani Catering. Pakej Katering Murah kami sangat berbaloi untuk anda!

KUALITI MASAKAN SETANDING RESTORAN 5 BINTANG
Rasa Masakan Unik dan Klasik
Tak lengkap jika Nasi Briyani dah power tapi tukang masak biasa-biasa. Dengan gabungan pelbagai herba, rasa lauk pauk yang kami sediakan memang lain dari yang lain.
Misalnya, Daging Masak Hitam kami cukup terkenal dengan teksturnya yang empuk, rasa rempahnya yang secukup rasa. Yang pasti anda tak akan rasa kicap mahupun sos dalam sajian Daging Masak Hitam kami.

Begitu juga dengan menu katering yang lain seperti Ayam Masala, Pajeri Nenas Berempah, Masak Lemak Pucuk Ubi Cendawan dan Air Asam Kerisik. Semuanya sangat sedap dan masing-masing ada keunikannya yang tersendiri.
Anda perlu datang dan cuba sendiri keenakan masakan kami di sesi Food Tasting Raja Briyani Catering.
HARGA PAKEJ KATERING MURAH DAN BERPATUTAN
Bila Harga Murah, Beban Kahwin Pun Terasa Ringan!
Di dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar, kami mengambil inisiatif membantu anda dengan menawarkan pakej katering dengan harga yang murah.
Selain itu, kami juga sedia menerima tempahan kecil sebanyak 100 pax, 500 pax hingga 900 pax pada harga yang berpatutan.
Walaupun begitu, kualiti Nasi Beriani kami tetap diutamakan. Anda boleh bandingkan sendiri keenakan masakan kami dengan masakan lain. Pasti berbeza!
Jangan bandingkan harga kami dengan pakej katering murah serendah RM5.00 atau RM7.00 per pax. Ia umpama membandingkan sebuah kereta Audi dan kereta Kancil.

Tempah Pakej Perkahwinan Anda Sekarang
Jangan tunggu lagi kerana slot katering kami sangat terhad.
Tempah sekarang sebelum terlambat!
[Perhatian] Perkhidmatan katering perkahwinan kami tertakluk pada kawasan tertentu. Servis kami meliputi seluruh kawasan Selangor dan Kuala Lumpur seperti Setia Alam, Klang, Shah Alam, Petaling Jaya, Gombak, Ampang, Cheras, Hulu Langat, Putrajaya, Sepang, Nilai dan Seremban. Anda boleh hubungi kami jika lokasi majlis anda tidak dinyatakan di atas.

PAKEJ KATERING MURAH LAIN YANG PASTI BERBALOI
Pakej Akikah
Sedang merancang majlis akikah untuk anak? Kami ada Pakej Kambing Golek yang istimewa untuk anda!
Pakej 1000 Pax
Sesuai untuk anda yang merancang majlis untuk tetamu seramai 1000 Pax sama ada di dewan atau di bawah kanopi.
Pakej Lengkap
Tak nak pening kepala uruskan vendor bagi majlis perkahwinan anda? Serahkan sahaja kepada kami.
KLIEN KAMI

Raja Briyani Catering
8, Jalan Vista Mutiara 1 Taman Vista Mutiara Bukit Sungai Long
0132700571
rajabriyani.my@gmail.com
Monday: Closed
Tuesday: 09:00 – 18:00
Wednesday: 09:00 – 18:00
Thursday: 09:00 – 18:00
Friday: 09:00 – 18:00
Saturday: 09:00 – 18:00
Sunday: 09:00 – 18:00