SENANG JER RUPANYA NAK KIRA JUMLAH TETAMU
Mengadakan kenduri perkahwinan adalah sesuatu yang dicintai oleh Rasulullah SAW. Walaupun majlis perkahwinan itu diadakan dalam keadaan yang serba sederhana.
Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Abdul Rahman bin Auf : ” Adakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing “. (Riwayat Bukhari dan Muslim ) .
Maka, tak perlulah anda bersusah payah untuk mengadakan majlis perkahwinan yang besar-besar jika bajet tak cukup. Majlis yang ringkas dan sederhana pun sudah memadai. Apa yang penting, tujuan walimah telah tercapai.
Kehadiran tetamu ke majlis perkahwinan membawa seribu keberkatan kepada tuan rumah.
Rezeki bertambah murah dan Allah SWT akan mengangkat segala bala bencana dan kejahatan yang ada.
Sabda Rasulullah SAW lagi, “Kedatangan tamu ke rumah mendatangkan kurnia yang banyak ke dalam rumah dan pada saat pergi, mereka membawa keluar berbagai bencana.
Alangkah meriahnya sesebuah majlis perkahwinan yang dihadiri dengan oleh saudara mara, rakan-rakan serta jiran-jiran.
Pasti banyak cerita yang ingin dibualkan. Apatah lagi bagi teman-teman yang telah sekian lama tidak berjumpa.
Selain bersilaturahim, ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.
BUAT SENARAI NAMA TETAMU KE MAJLIS PERKAHWINAN ANDA
Antara perkara yang perlu ditentukan terlebih dahulu adalah jumlah tetamu jemputan untuk majlis perkahwinan anda.
Setelah itu barulah anda mulakan misi mencari dewan dan katering berdasarkan jumlah tetamu yang bakal dijemput ke majlis perkahwinan anda.
Siapa yang anda ingin jemput? Teman-teman sekolah anda? Saudara-mara yang anda rapat sejak kecil? Ataupun ‘boss’ di tempat kerja?
Ambil sedikit masa untuk buat senarai tetamu bersama kedua ibu bapa anda. Mulakan senarai tersebut dengan ahli keluarga terdekat.
Keluarga belah pasangan anda jangan dilupa. Seterusnya saudara mara. Kemudian rakan-rakan yang paling rapat dengan anda dan kedua ibu bapa anda.
Kalau ada bajet lebih, masukkan juga jiran-jiran dan kenalan lain ke dalam senarai tersebut.
Apa sahaja keputusan, pastikan anda telah berbincang terlebih dahulu dengan kedua ibu bapa. Biasanya ibu bapa anda juga ada senarai tetamu mereka sendiri yang ingin dijemput.
Jumlah makanan yang dihidangkan juga penting bagi memastikan semua tetamu dapat menjamu selera tanpa ada yang tertinggal.
Bagi yang baru pertama kali mengadakan majlis, ini merupakan satu cabaran yang agak rumit.
Pernah berlaku kes di mana makanan telah habis seawal jam 1 tengahari. Kelam kabut tuan rumah cari makanan lain.
Jadi, untuk mengelakkan makanan tak cukup, di sini kami nak kongsi cara mengira bilangan tetamu ke majlis anda :
CARA KIRA TETAMU KE MAJLIS PERKAHWINAN
✓ FORMULA ASAS
- Jumlah kad x 2.4
- Contoh : 400 x 2.4 = 960 pax
Kiraan di atas sesuai diguna jika anda merancang majlis perkahwinan pada hari biasa iaitu diluar musim cuti sekolah dan perayaan.
✓JEMPUTAN KETIKA MUSIM CUTI
Jika anda merancang mengadakan majlis perkahwinan pada musim cuti, kebarangkalian tetamu untuk hadir adalah sedikit rendah disebabkan banyak jemputan yang perlu dihadiri.
Untuk itu, kiraannya juga sedikit berbeza. Formulanya adalah :
- Jumlah kad x 2.3
- Contoh : 400 x 2.3 = 920 pax
✓ JEMPUTAN JIKA ANDA SEORANG TOKOH MASYARAKAT, ARTIS & DIKENALI RAMAI
Sudah pasti ramai tetamu yang akan hadir jika anda seorang yang dikenali ramai.
Maka kiraannya perlu ditambah sedikit seperti berikut :
- Jumlah kad x 2.5
- Contoh : 400 x 2.5 = 1000 pax
Moga dengan adanya cara pengiraan yang betul ini dapat mengelakkan kes-kes makanan tak cukup di hari bahagia anda.
Sila kongsikan dengan teman anda yang mungkin memerlukan info ini. 😉
.
Hmmmm
LikeLike