Majlis Bajet Bukan Halangan – Ini Cara Nak Bagi Tetamu Puas Hati
Tak semua orang impikan majlis kahwin grand di hotel 5 bintang. Ramai pasangan muda hari ni lebih selesa pilih majlis sederhana, tapi tetap nak rasa meriah dan memorable. Cuma, persoalan biasa yang timbul — “Boleh ke buat majlis cantik walaupun bajet tak besar?”
Jawapannya: boleh sangat. Kuncinya? Pandai pilih katering.
Realiti Majlis Hari Ini
Trend sekarang ramai buat majlis kahwin di rumah, dewan komuniti atau taman. Suasana lebih santai, jimat sewa lokasi, dan boleh guna bajet tu untuk makanan berkualiti atau suasana yang lebih ‘rasa dekat’ dengan tetamu.
Tapi ada satu benda yang tetap jadi fokus utama dalam mana-mana majlis kahwin: makanan.
Kalau makanan sedap, portion cukup, dan layanan okay – confirm semua tetamu akan balik dengan hati senang. Dan itulah yang sebenarnya buat majlis nampak “mahal” walaupun simple.
Kenapa Katering Jadi Solusi?
Sebab bila anda ambil pakej katering yang lengkap, anda tak perlu risau pasal:
Siapa nak masak
Siapa nak hidang
Siapa nak kemas
Pinggan mangkuk mana nak cari
Siapa nak jaga makanan masa orang sibuk salam pengantin
Contohnya di Raja Briyani Catering, kami sediakan:
Pakej katering untuk 100 pax hingga 1000 pax
Menu lengkap: Nasi Briyani, Ayam Masala, Daging Masak Hitam, Dalca, Air Asam Kerisik, Buah Oren dan air kordial
Set buffet line, meja makan, kerusi, kanopi (untuk outdoor)
Staf servis beruniform dan pengalaman
Pendek kata, anda cuma perlu fokus enjoy hari bahagia – kami uruskan selebihnya.
Bajet Tak Besar, Tapi Tetap Rasa Eksklusif
Ramai pelanggan kami mula dengan bajet kecil. Tapi bila mereka tengok presentation, susunan makanan dan rasa hidangan, ramai yang terkejut sebab nampak macam majlis VIP.
Antara feedback yang kami terima:
“Saya ingatkan simple je sebab buat dekat rumah. Tapi bila dah siap set up, rasa macam kenduri hotel. Terbaik Raja Briyani!” – Farah, Puchong
“Semua orang puji makanan sedap. Portion pun cukup, takde pun sampai tak cukup lauk. Berbaloi dengan harga.” – Syafiq, Bangi
Jangan Tunggu Last Minute
Ramai yang silap tunggu saat akhir baru nak cari katering. Akhirnya terpaksa ambil apa yang ada – dan risiko majlis jadi kelam kabut makin tinggi.
Kalau anda ada majlis dalam 1-3 bulan akan datang, inilah masa terbaik untuk mula survey dan lock tarikh.
Nak Kami Bantu Uruskan Majlis Anda?
Whatsapp kami terus di: 013-2700571
Raja Briyani Catering – Bila Majlis Sederhana Pun Boleh Jadi Luar Biasa.
Mengadakan kenduri perkahwinan adalah sesuatu yang dicintai oleh Rasulullah SAW. Walaupun majlis perkahwinan itu diadakan dalam keadaan yang serba sederhana.
Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Abdul Rahman bin Auf : ” Adakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing “. (Riwayat Bukhari dan Muslim ) .
Maka, tak perlulah anda bersusah payah untuk mengadakan majlis perkahwinan yang besar-besar jika bajet tak cukup. Majlis yang ringkas dan sederhana pun sudah memadai. Apa yang penting, tujuan walimah telah tercapai.
Kehadiran tetamu ke majlis perkahwinan membawa seribu keberkatan kepada tuan rumah.
Rezeki bertambah murah dan Allah SWT akan mengangkat segala bala bencana dan kejahatan yang ada.
Sabda Rasulullah SAW lagi, “Kedatangan tamu ke rumah mendatangkan kurnia yang banyak ke dalam rumah dan pada saat pergi, mereka membawa keluar berbagai bencana.
Alangkah meriahnya sesebuah majlis perkahwinan yang dihadiri dengan oleh saudara mara, rakan-rakan serta jiran-jiran.
Pasti banyak cerita yang ingin dibualkan. Apatah lagi bagi teman-teman yang telah sekian lama tidak berjumpa.
Selain bersilaturahim, ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.
BUAT SENARAI NAMA TETAMU KE MAJLIS PERKAHWINAN ANDA
Antara perkara yang perlu ditentukan terlebih dahulu adalah jumlah tetamu jemputan untuk majlis perkahwinan anda.
Setelah itu barulah anda mulakan misi mencari dewan dan katering berdasarkan jumlah tetamu yang bakal dijemput ke majlis perkahwinan anda.
Siapa yang anda ingin jemput? Teman-teman sekolah anda? Saudara-mara yang anda rapat sejak kecil? Ataupun ‘boss’ di tempat kerja?
Ambil sedikit masa untuk buat senarai tetamu bersama kedua ibu bapa anda. Mulakan senarai tersebut dengan ahli keluarga terdekat.
Keluarga belah pasangan anda jangan dilupa. Seterusnya saudara mara. Kemudian rakan-rakan yang paling rapat dengan anda dan kedua ibu bapa anda.
Kalau ada bajet lebih, masukkan juga jiran-jiran dan kenalan lain ke dalam senarai tersebut.
Apa sahaja keputusan, pastikan anda telah berbincang terlebih dahulu dengan kedua ibu bapa. Biasanya ibu bapa anda juga ada senarai tetamu mereka sendiri yang ingin dijemput.
Jumlah makanan yang dihidangkan juga penting bagi memastikan semua tetamu dapat menjamu selera tanpa ada yang tertinggal.
Bagi yang baru pertama kali mengadakan majlis, ini merupakan satu cabaran yang agak rumit.
Pernah berlaku kes di mana makanan telah habis seawal jam 1 tengahari. Kelam kabut tuan rumah cari makanan lain.
Jadi, untuk mengelakkan makanan tak cukup, di sini kami nak kongsi cara mengira bilangan tetamu ke majlis anda :
CARA KIRA TETAMU KE MAJLIS PERKAHWINAN
✓ FORMULA ASAS
Jumlah kad x 2.4
Contoh : 400 x 2.4 = 960 pax
Kiraan di atas sesuai diguna jika anda merancang majlis perkahwinan pada hari biasa iaitu diluar musim cuti sekolah dan perayaan.
✓JEMPUTAN KETIKA MUSIM CUTI
Jika anda merancang mengadakan majlis perkahwinan pada musim cuti, kebarangkalian tetamu untuk hadir adalah sedikit rendah disebabkan banyak jemputan yang perlu dihadiri.
Untuk itu, kiraannya juga sedikit berbeza. Formulanya adalah :
Jumlah kad x 2.3
Contoh : 400 x 2.3 = 920 pax
✓ JEMPUTAN JIKA ANDA SEORANG TOKOH MASYARAKAT, ARTIS & DIKENALI RAMAI
Sudah pasti ramai tetamu yang akan hadir jika anda seorang yang dikenali ramai.
Maka kiraannya perlu ditambah sedikit seperti berikut :
Jumlah kad x 2.5
Contoh : 400 x 2.5 = 1000 pax
Moga dengan adanya cara pengiraan yang betul ini dapat mengelakkan kes-kes makanan tak cukup di hari bahagia anda.
Sila kongsikan dengan teman anda yang mungkin memerlukan info ini. 😉
.
Pengalaman selama 15 tahun dalam bidang katering membuatkan kami dah jumpa macam-macam ragam pelanggan.
Ada pelanggan tak kisah bab harga janji kualiti makanan dan servis terbaik. Yang minta diskaun super duper murah pun ada.
Tapi apa yang sama, mereka amat berhati-hati sewaktu proses ‘survey’ servis katering.
Bertalu-talu soalan ditanya supaya betul-betul puas hati.. Apa yg kami nampak, ramai yang tak konfiden syarikat catering dapat deliver kualiti yang dikehendaki..
Waktu testing lauk punyalah terangkat tapi bile hari kejadian, hampeh tawar semacam jer. Melepet-lepet lidah dalam mulut nak cari rasa..
So, kat sini kami nak kongsi sikit tips-tips macam mana nak pilih servis katering bagi newbie supaya korang tak tersalah pilih
Quotation
Quotation ialah perkara yang paling penting sebelum anda deal dengan lebih jauh.
Dapatkan dulu quotation lengkap mengenai servis katering yang ditawarkan termasuk jenis makanan, harga makanan dan peralatan yang digunakan.
Bila takde hitam putih ni bukan apa. Waktu deal, macam-macam janji ditabur syarikat katering.. Tapi bile time kenduri lain pulak yg dapat. Menyesal tak?
Dalam ‘quotation’ juga akan dinyatakan juga terma dan syarat pembayaran kepada anda.
Pilih SYARIKAT Katering yang Menawarkan Pakej JIMAT
Selain daripada harga, pilih katering yang menawarkan tawaran lebih jimat supaya anda ada lebih bajet untuk perbelanjaan lain. Buat kira-kira terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kewangan anda sebelum memilih syarikat katering yang sesuai.
Biasanya dalam pakej katering akan ada menu-menu di bawah :
Nasi Briyani / Minyak / Tomato / Bukhari
Nasi Putih 10% / 20%
Ayam Goreng Berempah /
Daging Masak Hitam / Briyani / Kurma
Dalca
Acar Buah
Air Asam / Jelatah Timun
Papedom
Air Sirap / Laici / Oren
Set Makanan Pengantin (Ayam Golek, Jambak Udang, Siakap 3 Rasa, Dessert, Ukiran Buah)
2 Set Dome VIP
Menu di atas ini adalah contoh yang paling ‘basic’. Ada juga pakej yang menawarkan servis kanopi, ‘make up’, pelamin, busana, sistem PA dan lain-lain.
Food Tasting
Pastikan korang dah test dulu makanan yang dipilih. Kami tak syorkan korang tengok gambar & terus decide.
Don’t judge the food by its picture. Zaman sekarang ni guna photoshop sikit jer ikan kembong pun boleh jadi siakap. So, better korang turun sendiri & rasa.
Biasanya sesi ‘Food Tasting’ ini akan dibuka pada orang ramai pada setiap hari Sabtu dan Ahad.
Sebaiknya bawalah 2-3 orang ahli keluarga anda yang lain supaya dapat beberapa ‘feedback’ yang bagus lagi jitu!
Bersemuka
Pergi jumpa sendiri pihak katerer yang anda pilih. Kalau boleh, jangan wakilkan sesiapa sama ada kawan, sepupu, saudara mara atau sesiapa sahaja untuk berjumpa dengan pihak katerer. Ini untuk elak daripada ditipu.
Kalau nak wakilkan pun, pilihlah ahli keluarga terdekat yang boleh dipercayai dan pandai ‘nego’. Biasanya orang lama memang mahir bab-bab ni.
Waktu bersemuka ni anda boleh ‘nego’ harga atau ‘extra free gift’ kalau tempahan yang dibuat lebih daripada 1000 pax.
Googling!
Rajin-rajin buat research tentang syarikat katering sekitar tempat korang. Compare harga antara semua syarikat katering.
Jangan tengok yang murah jer tapi tengok jugak apa yang ditawarkan. Wajib tengok juga review & testimoni dari pelanggan lama.
Setiap pakej yang ditawarkan ada kelebihan dan kekurangannya. Biasanya pakej yang agak mahal menawarkan kualiti makanan yang lebih baik.
Pakej yang murah bukanlah langsung tak berkualiti, banyak juga yang bagus. Yang penting anda tak jemu ‘menggoogle’ sampai jumpa pakej katering yang menepati bajet dan kehendak anda.
Testimoni daripada para tetamu
Contoh video testimoni
Tema Majlis
Pilih katering yang sesuai dengan tema majlis perkahwinan korang. Kalau tema majlis perkahwinan anda bertemakan Hindi, pilihlah set Briyani.
Jangan tema Hindi, tapi makanan ala Minang.. Siap ade kacang botol lagi 😂😂 Nampak kecik benda ni tapi ia beri kesan pada ‘experience’ tetamu anda.
Cara Bayaran SERVIS KATERING
Sebaiknya jangan buat full payment dulu. Bayar separuh sebelum majlis & separuh lagi lepas majlis. Sebelum bayar, review balik quotation yang diberi dan tanya kepada syarikat katering jika ada kekeliruan.
Ada syarikat katering yang ambil bayaran deposit sebanyak 10% dan 20%
Di bawah ini adalah contoh terma bayaran servis katering :
Deposit Servis Katering – 10% dari jumlah keseluruhan kos katering
Bayaran 80% sebulan sebelum majlis perkahwinan.
Bayaran 10% dibayar pada petang majlis secara tunai.
Bayaran deposit biasanya tidak dipulangkan jika anda membatalkan tempahan.
Pilih SYARIKAT Katering Berpengalaman
Seorang atlit tak sama dengan jaguh kampung. Sama juga dengan syarikat katering.
Bagi syarikat katering yang baru nak mula, risiko untuk berlaku kes makanan basi, penghantaran lewat dan macam-macam lagi adalah tinggi.
Walaupun begitu, tak semua syarikat baru macam tu. Ada jer yang okay. Cuma, kami sangat syorkan ambil mereka yang dah lama dalam bidang katering supaya detik-detik perkahwinan anda tak spoil dengan kejadian lauk basi atau tak cukup 😅