Tag: sop fasa 4

  • Majlis Perkahwinan : Pelan Pemulihan Negara (PPN) – SOP Fasa 4

    Kawasan Terlibat

    • Kuala Lumpur
    • Selangor
    • Putrajaya
    • Negeri Sembilan
    • Melaka
    • Pahang
    • Labuan

    SOP di bawah penganjuran majlis sosial merangkumi :

    • Kenduri
    • Majlis Perkahwinan/Pertunangan
    • Majlis Aqiqah/Doa Selamat/Tahlil
    • Majlis Sambutan Hari Jadi
    • Majlis Reunion
    • Lain-lain Majlis Sosial

    Perkara Dibenarkan

    • Tempat penganjuran majlis di dalam dewan atau tempat terbuka
    • Tetamu yang telah menerima vaksin lengkap dibenarkan membawa anak berusia 18 tahun ke bawah.

    Perkara Tak Dibenarkan

    • Patient under Investigation (PUI) & Person under Surveillance (PUS) tidak dibenarkan hadir.
    • Tetamu yang belum menerima vaksin tidak dibenarkan hadir.
    • Majlis tidak dibenarkan jika sukar mengawal keadaan di mana terdapat ramai orang pada satu-satu masa dan sukar untuk mengawal perilaku tetamu.
    • Hidangan makanan secara buffet layan diri dan majlis tiup lilin.
    • Penganjuran di kawasan PKP dan PKPD tidak dibenarkan.
    • Patient under Investigation (PUI) & Person under Surveillance (PUS) tidak dibenarkan hadir.

    Tanggungjawab Penganjur Majlis

    PROSES MENYAMBUT TETAMU

    • Memastikan tetamu menunjukkan Sijil Vaksin COVID-19 sebelum masuk ke dalam premis.
    • Tandakan dengan jelas laluan khas keluar/masuk tetamu di kawasan majlis khususnya bagi majlis dibuat di tempat terbuka seperti di rumah.
    • Sediakan kaunter saringan kesihatan di pintu masuk. Rekod kehadiran tetamu dan periksa suhu badan. Tetamu dengan suhu badan melebihi 37.5 Celsius atau bergejala tidak dibenarkan masuk.
    • Penganjur/petugas/pramusaji (waiter), jurufoto wajib menjalani saringan kesihatan.
    • Petugas di kaunter saringan kesihatan juga perlu memastikan para tetamu membersihkan tangan (hand sanitizer)
    • Pastikan tetamu menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter semasa menunggu giliran di kaunter saringan.
    • Penganjur dan tetamu wajib memakai pelitup muka (face mask).
    • Mengawal pintu masuk dan kehadiran tetamu yang masuk ke dalam ruang majlis.
    • Kehadiran tetamu tak lebih dari 50% daripada kapasiti ruang dengan mematuhi penjarakan fizikal.

    PENDAFTARAN TETAMU

    • Mendaftarkan tetamu menggunakan apps MySejahtera atau secara manual nama dan no. telefon jika tiada liputan Internet.
    • Tetamu dari kalangan bayi dan kanak-kanak tidak digalakkan.

    RUANG MAJLIS

    • Membuat pembersihan dan disinfeksi sebelum dan selepas majlis di seluruh kawasan luar dan dalam dewan, kerusi dan meja tetamu, meja hadiah (doorgift table), alatan catering, pelamin pengantin, tandas dan mana-mana kawasan, permukaan atau alatan/barangan yang kerap disentuh.
    • Pastikan tempat majlis mempunyai pengudaraan yang baik.
    • Susun meja makan dengan jarak 2 meter. Kerusi di meja pula disusun dengan jarak 1 meter.
    • Makanan boleh disediakan secara pack-food, hidang (served), dome setting atau buffet yang diseliakan oleh pramusaji untuk mencedok makanan ke pinggan tetamu / pelanggan.
    • Tetamu / pelanggan digalakkan memakai sarung tangan pakai buang (disposable gloves) bagi mencedok makanan ke pinggan.
    • Pramusaji/petugas wajib memakai pelitup muka semasa menghidangkan makanan. 

    Tanggungjawab Tetamu

    PROSES KETIBAAN TETAMU

    • Buat pemeriksaan suhu badan dan saringan gejala batuk, sakit tekak, selsema dan sesak nafas di kaunter masuk. Tetamu dengan suhu badan melebihi 37.5 Celsius atau bergejala tidak dibenarkan masuk.
    • Cuci tangan menggunakan hand sanitizer.
    • Jaga penjarakan fizikal 1 meter semasa menunggu giliran untuk masuk.
    • Wajib memakai pelitup muka (face mask).
    • Jangan hadir ke majlis jika anda mengidap penyakit kronik.

    PENDAFTARAN TETAMU

    • Mendaftar masuk menggunakan apps MySejahtera atau secara manual nama dan no. telefon jika tiada liputan Internet.

    SEMASA MAJLIS

    • Ambil kedudukan seperti yang telah ditanda atau ditetapkan oleh penganjur.
    • Elakkkan sembang jarak dekat (close conversation).
    • Beratur mengambil makanan dengan penjarakan 1 meter.
    • Kurangkan bercakap semasa mengambil makanan.
    • Tidak berkumpul semasa makan.
    • Tidak bersesak di dalam lif dan tandas atau mana-mana ruang di tempat majlis.
    • Dilarang berkumpul di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis.
    • Meninggalkan majlis dengan teratur dan tidak bersesak-sesak.

    Dengan adanya SOP ini, moga-moga majlis yang diadakan dapat berjalan lancar. Ayuh kita jaga SOP dengan penuh disiplin demi keselamatan kita bersama!

    Sumber : Majlis Keselamatan Negara