
Kawasan Terlibat
- Kuala Lumpur
- Selangor
- Putrajaya
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Pahang
- Labuan
SOP di bawah penganjuran majlis sosial merangkumi :
- Kenduri
- Majlis Perkahwinan/Pertunangan
- Majlis Aqiqah/Doa Selamat/Tahlil
- Majlis Sambutan Hari Jadi
- Majlis Reunion
- Lain-lain Majlis Sosial
Perkara Dibenarkan
- Tempat penganjuran majlis di dalam dewan atau tempat terbuka
- Tetamu yang telah menerima vaksin lengkap dibenarkan membawa anak berusia 18 tahun ke bawah.
Perkara Tak Dibenarkan
- Patient under Investigation (PUI) & Person under Surveillance (PUS) tidak dibenarkan hadir.
- Tetamu yang belum menerima vaksin tidak dibenarkan hadir.
- Majlis tidak dibenarkan jika sukar mengawal keadaan di mana terdapat ramai orang pada satu-satu masa dan sukar untuk mengawal perilaku tetamu.
- Hidangan makanan secara buffet layan diri dan majlis tiup lilin.
- Penganjuran di kawasan PKP dan PKPD tidak dibenarkan.
- Patient under Investigation (PUI) & Person under Surveillance (PUS) tidak dibenarkan hadir.
Tanggungjawab Penganjur Majlis
PROSES MENYAMBUT TETAMU
- Memastikan tetamu menunjukkan Sijil Vaksin COVID-19 sebelum masuk ke dalam premis.
- Tandakan dengan jelas laluan khas keluar/masuk tetamu di kawasan majlis khususnya bagi majlis dibuat di tempat terbuka seperti di rumah.
- Sediakan kaunter saringan kesihatan di pintu masuk. Rekod kehadiran tetamu dan periksa suhu badan. Tetamu dengan suhu badan melebihi 37.5 Celsius atau bergejala tidak dibenarkan masuk.
- Penganjur/petugas/pramusaji (waiter), jurufoto wajib menjalani saringan kesihatan.
- Petugas di kaunter saringan kesihatan juga perlu memastikan para tetamu membersihkan tangan (hand sanitizer)
- Pastikan tetamu menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter semasa menunggu giliran di kaunter saringan.
- Penganjur dan tetamu wajib memakai pelitup muka (face mask).
- Mengawal pintu masuk dan kehadiran tetamu yang masuk ke dalam ruang majlis.
- Kehadiran tetamu tak lebih dari 50% daripada kapasiti ruang dengan mematuhi penjarakan fizikal.
PENDAFTARAN TETAMU
- Mendaftarkan tetamu menggunakan apps MySejahtera atau secara manual nama dan no. telefon jika tiada liputan Internet.
- Tetamu dari kalangan bayi dan kanak-kanak tidak digalakkan.
RUANG MAJLIS
- Membuat pembersihan dan disinfeksi sebelum dan selepas majlis di seluruh kawasan luar dan dalam dewan, kerusi dan meja tetamu, meja hadiah (doorgift table), alatan catering, pelamin pengantin, tandas dan mana-mana kawasan, permukaan atau alatan/barangan yang kerap disentuh.
- Pastikan tempat majlis mempunyai pengudaraan yang baik.
- Susun meja makan dengan jarak 2 meter. Kerusi di meja pula disusun dengan jarak 1 meter.
- Makanan boleh disediakan secara pack-food, hidang (served), dome setting atau buffet yang diseliakan oleh pramusaji untuk mencedok makanan ke pinggan tetamu / pelanggan.
- Tetamu / pelanggan digalakkan memakai sarung tangan pakai buang (disposable gloves) bagi mencedok makanan ke pinggan.
- Pramusaji/petugas wajib memakai pelitup muka semasa menghidangkan makanan.
Tanggungjawab Tetamu
PROSES KETIBAAN TETAMU
- Buat pemeriksaan suhu badan dan saringan gejala batuk, sakit tekak, selsema dan sesak nafas di kaunter masuk. Tetamu dengan suhu badan melebihi 37.5 Celsius atau bergejala tidak dibenarkan masuk.
- Cuci tangan menggunakan hand sanitizer.
- Jaga penjarakan fizikal 1 meter semasa menunggu giliran untuk masuk.
- Wajib memakai pelitup muka (face mask).
- Jangan hadir ke majlis jika anda mengidap penyakit kronik.
PENDAFTARAN TETAMU
- Mendaftar masuk menggunakan apps MySejahtera atau secara manual nama dan no. telefon jika tiada liputan Internet.
SEMASA MAJLIS
- Ambil kedudukan seperti yang telah ditanda atau ditetapkan oleh penganjur.
- Elakkkan sembang jarak dekat (close conversation).
- Beratur mengambil makanan dengan penjarakan 1 meter.
- Kurangkan bercakap semasa mengambil makanan.
- Tidak berkumpul semasa makan.
- Tidak bersesak di dalam lif dan tandas atau mana-mana ruang di tempat majlis.
- Dilarang berkumpul di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis.
- Meninggalkan majlis dengan teratur dan tidak bersesak-sesak.
Dengan adanya SOP ini, moga-moga majlis yang diadakan dapat berjalan lancar. Ayuh kita jaga SOP dengan penuh disiplin demi keselamatan kita bersama!
Sumber : Majlis Keselamatan Negara
Raja Briyani Catering
8, Jalan Vista Mutiara 1 Taman Vista Mutiara Bukit Sungai Long
0132700571
rajabriyani.my@gmail.com
Monday: Closed
Tuesday: 09:00 – 18:00
Wednesday: 09:00 – 18:00
Thursday: 09:00 – 18:00
Friday: 09:00 – 18:00
Saturday: 09:00 – 18:00
Sunday: 09:00 – 18:00