Katering Putrajaya : 2 Pakej Jimat 100 – 900 Pax 2024

Menu Sedap, Harga Jimat

Nak tengok harga? Klik sini

Tengah Cari Menu Katering untuk Kenduri Kahwin di Putrajaya?

Setiap majlis perkahwian memerlukan beberapa elemen penting untuk membolehkan ia menjadi satu majlis yang meriah, seperti perhiasan, lokasi dan tema. Bahkan, elemen yang wajar diutamakan adalah makanan.

Mana-mana kenduri kahwin yang ada menu yang menarik pasti menjadi bualan tetamu yang berkunjung.

So, anda perlu bijak memilih perkhidmatan katering yang mampu menyediakan menu yang memikat hati semua yang menjamu selera. 

Pakej Katering & Menu untuk Orang Putrajaya

PAKEJ 100 -300 PAX
RM14
  • 7 MENU + PRAMUSAJI
  • Nasi Briyani/Nasi Minyak
    Nasi Putih 10%
  • Ayam Masala/Ayam Berempah
  • Daging Masak Hitam/Daging Kurma
  • Pajeri Nenas Berempah/Masak Lemak Pucuk Ubi
  • Air Asam Kerisik
    Papedom
  • Buah Oren
  • Air Sirap Oren/Sirap
  • Peralatan Hidang
  • Pramusaji
PAKEJ 400 -900 PAX
RM 13
  • 7 MENU + PRAMUSAJI
  • Nasi Briyani/Nasi Minyak
    Nasi Putih 10%
  • Ayam Masala/Ayam Berempah
  • Daging Masak Hitam/Daging Kurma
  • Pajeri Nenas Berempah/Masak Lemak Pucuk Ubi
  • Air Asam Kerisik
    Papedom
  • Buah Oren
  • Air Sirap Oren/Sirap
    Air Mineral
  • Peralatan Hidang
  • Pramusaji

Nasi Briyani Kukus yang menggunakan 100% beras panjang Basmathi

Ayam Masala yang kaya dengan rasanya yang unik

Air Asam Kerisik yang menjadi kegemaran ramai pelanggan kami

Bagi mereka yang ingin menganjurkan majlis perkahwinan di Putrajaya, anda boleh dapatkan servis katering kami. Keistimewaan katering ini terserlah melalui pelbagai sudut.

Pertama, kualiti kerja ‘team’ Raja Briyani Catering. Staf yang terlatih dan berdisiplin menjamin servis yang pantas dan efisien buat tetamu yang hadir. Kami mementingkan kerjasama dalam pasukan dalam memastikan keinginan dan kehendak tetamu dapat dipenuhi dengan sebaik yang mungkin. Sikap ramah mesra menjadi penyeri di samping hidangan yang disediakan. Kaedah yang dipraktikkan oleh pasukan kami bakal memberi kepuasan kepada setiap yang mendekati.

Menu Katering Paling Sedap di Putrajaya!

Kedua, harga yang berpatutan. Pakej katering yang ditawarkan meringankan beban setiap penganjur majlis keramaian. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan status kewangan anda, dan pada masa sama anda masih boleh menjimatkan kos!

Pakej katering yang ditawarkan mampu menyajikan menu dari 100 pax hingga 1,000 pax tetamu di Putrajaya dengan hidangan yang menyelerakan. Dengan harga serendah RM13 per pax untuk set menu yang mewah, tuan rumah pasti tersenyum. Pakej kami menawarkan servis ala hotel pada harga warung!

Ketiga, Nasi Briyani bukan lagi menu katering yang asing buat orang Putrajaya. Bahan-bahan yang digunakan adalah berkualiti tinggi. Untuk masakan Nasi Briyani, kami hanya menggunakan 100% beras panjang Basmathi yang cukup terkenal teksturnya yang utuh dan tak mudah patah.

Melengkapkan lagi sajian Nasi Briyani, kami gandingkan pula dengan menu Air Asam Kerisik yang sarat dengan kepelbagaian rasa dan tekstur seperti berlemak, masam, manis dan pedas yang mampu memukau. Setiap tetamu yang hadir pasti meraih pengalaman yang sukar dilupakan. Menggunakan 100% Beras Panjang Basmathi digabungkan dengan pelbagai rempah ratus dalam lauk-pauk, pengunjung pasti tersenyum puas selepas kenduri.

Kami juga menyediakan perkhidmatan katering buat majlis akikah. Peminat tegar kambing bakal mengembek keriangan apabila merasai kambing golek kami yang disaluti dengan sos istimewa, ditambah pula dengan side dish ala western seperti mashed potato, mushroom soup, salad dan coleslaw yang melengkapkan jumlah nutrisi dalam hidangan tersebut.

Anda juga boleh jadikan ia seperti sandwich dengan menggabungkan semua bahan tersebut dengan roti bun kami. Atau jika anda lebih cenderung kepada masakan dari sebelah timur, anda juga boleh memilih kambing dengan berasaskan makanan berkuah seperti masak kurma, gulai kawah, sup dan lain-lain lagi. Pilihan ini sesuai untuk hadirin yang lidahnya sebati dengan rempah masakan Melayu tradisional.

Orang Putrajaya dah ready ke nak pilih pakej yang sesuai untuk majlis anda? Kalau belum, jom rebut peluang ni secepat mungkin!

Apa Kata Pelanggan Kami

WAN MUJIB

Saya sangat puas hati dengan semua servis yang disediakan Raja Briyani Catering! Sempurna Semuanya! Makanan sangat sedap. Hampir semua tetamu puji dan bertanya

Rating: 5 out of 5.
SHAZA SHAHEENI

Sangat puas hati dan berbaloi. Habis semua tetamu sapu licin. Lagi-lagi Daging Masak Hitam. Masya Allah harga yang sangat berpatutan dan memuaskan!

Rating: 5 out of 5.
MASTURA

Staff sangat attentive, cuba sedaya upaya memenuhi permintaan tuan rumah dan cepat take action. Tuan rumah last minute membuat permintaan pelamin pun dapat dipenuhi. Syabas Raja Briyani Catering!

Rating: 5 out of 5.

Dapatkan Sebut Harga

Jangan tunggu lagi! Dapatkan sebut harga anda sekarang

Raja Briyani Catering

8, Jalan Vista Mutiara 1, Taman Vista Mutiara, Bukit Sungai Long 43200 Kajang, Selangor

013-2700571
rajabriyanicatering.my@gmail.com

Monday: Closed
Tuesday: 09:00 – 19:00
Wednesday: 09:00 – 19:00
Thursday: 09:00 – 19:00
Friday: 09:00 – 19:00
Saturday: 09:00 – 19:00
Sunday: 09:00 – 19:00

Tinggalkan komen