
Selamat datang ke
Raja Briyani Catering
Tuan penasihat majlis perkahwinan anda 😉
Nak tengok harga? Klik sini

Tengah Cari Katering?
Setiap majlis keramaian memerlukan beberapa elemen penting untuk membolehkan ia menjadi satu majlis yang meriah, seperti perhiasan, lokasi dan tema. Bahkan, elemen yang wajar diutamakan adalah makanan.
Mana-mana majlis yang mempunyai hidangan yang menarik dan memuaskan hati setiap insan yang menjamahnya akan menghasilkan tindak balas yang positif buat majlis tersebut.
Oleh yang demikian, kita perlu bijak memilih perkhidmatan katering yang mampu menyediakan santapan yang pantas memikat hati semua yang menjamu selera.

Masakan Popular Kami

Nasi Briyani Kukus yang menggunakan 100% beras panjang Basmathi

Ayam Masala yang kaya dengan rasanya yang unik

Air Asam Kerisik yang menjadi kegemaran ramai pelanggan kami
Buat mereka yang ingin menganjurkan majlis keramaian di Kajang atau Putrajaya, maka anda boleh dapatkan servis Raja Briyani Catering. Keistimewaan katering ini terserlah melalui pelbagai sudut.
Pertama sekali, kualiti kerja ahli pasukan Raja Briyani Catering. Staf yang terlatih dan berdisiplin menjamin servis yang pantas dan berkesan buat setiap tetamu yang hadir. Kami mementingkan kerjasama dalam pasukan dalam memastikan keinginan dan kehendak tetamu dapat dipenuhi dengan sebaik yang mungkin. Sikap ramah mesra menjadi sajian sampingan di samping hidangan yang disediakan. Kaedah yang dipraktikkan oleh pasukan kami bakal memberi kepuasan kepada setiap yang mendekati.
Nak jamu orang biar betul-betul sedap. Jangan ala kadar jerrr



Kedua, harga yang berpatutan. Pakej katering yang ditawarkan meringankan beban setiap penganjur majlis keramaian. Harga-harga yang ditawarkan adalah berpatutan dengan status kewangan anda, dan pada masa sama anda masih boleh menjimatkan kos! Pakej katering yang ditawarkan mampu menyajikan dari 100 pax hingga 1,000 pax tetamu sekitar Kajang dan Putrajaya dengan hidangan yang menyelerakan. Dengan harga serendah RM10.90 per pax untuk satu hidangan yang mewah, ia pasti dapat melakar senyuman di wajah penganjur. Pakej kami menawarkan servis ala hotel pada harga warung!
Ketiga, Nasi Briyani bukan lagi hidangan yang asing bagi penggemar hidangan mewah dan lazat. Bahan-bahan yang digunakan adalah berkualiti tinggi. Untuk masakan Nasi Briyani, kami hanya menggunakan 100% beras panjang Basmathi yang cukup terkenal teksturnya yang utuh dan tak mudah patah.
Melengkapkan lagi sajian Nasi Briyani, kami gandingkan pula dengan Air Asam Kerisik yang sarat dengan kepelbagaian rasa dan tekstur seperti berlemak, masam, manis dan pedas yang mampu memukau. Setiap tetamu yang hadir pasti meraih pengalaman yang sukar dilupakan. Menggunakan 100% Beras Panjang Basmathi digabungkan dengan kekayaan rempah ratus dalam lauk-pauk, pengunjung akan tinggalkan majlis dalam keadaan kenyang.
Keempat, dewan anjuran majlis keramaian penuh dengan perhiasan indah. Buat majlis perkahwinan, kami menyediakan perhiasan yang grand dan tersergam indah. Memenuhi kehendak istilah raja sehari, pasangan yang menggunakan servis kami bakal dipamerkan seperti raja dan permaisuri yang diraikan oleh rakyat jelata. Kahwin hanya sekali, maka jadikanlah pengalaman sekali seumur hidup itu penuh dengan kemewahan dan keindahan untuk meraikan diri sendiri dan pasangan. Tambahan pula, dewan kami dilengkapi dengan sistem audio yang gempak untuk sambutan yang penuh keriangan.
Kami juga menyediakan perkhidmatan katering buat majlis akikah. Peminat tegar kambing bakal mengembek keriangan apabila merasai kambing golek kami yang disaluti dengan sos istimewa, ditambah pula dengan side dish ala western seperti mashed potato, mushroom soup, salad dan coleslaw yang melengkapkan jumlah nutrisi dalam hidangan tersebut.
Anda juga boleh jadikan ia seperti sandwich dengan menggabungkan semua bahan tersebut dengan roti bun kami. Atau jika anda lebih cenderung kepada masakan dari sebelah timur, anda juga boleh memilih kambing dengan berasaskan makanan berkuah seperti masak kurma, gulai kawah, sup dan lain-lain lagi. Pilihan ini sesuai untuk hadirin yang lidahnya sebati dengan rempah masakan Melayu tradisional.
Hai orang Kajang dan Putrajaya semua, dah sedia nak pilih pakej yang sesuai untuk majlis anda? Jika belum, maka rebutlah peluang ini secepat mungkin!
Kepuasan anda matlamat kami.
Jom Tengok Pakej Katering Istimewa untuk Orang Kajang dan Putrajaya
- 7 MENU + PRAMUSAJI
- Nasi Briyani/Nasi Minyak
Nasi Putih 10% - Ayam Masala/Ayam Berempah
- Daging Masak Hitam/Daging Kurma
- Pajeri Nenas Berempah/Masak Lemak Pucuk Ubi
- Air Asam Kerisik
Papedom - Buah Oren
- Air Sirap Oren/Sirap
- Peralatan Hidang
- Pramusaji
- 7 MENU + PRAMUSAJI
- Nasi Briyani/Nasi Minyak
Nasi Putih 10% - Ayam Masala/Ayam Berempah
- Daging Masak Hitam/Daging Kurma
- Pajeri Nenas Berempah/Masak Lemak Pucuk Ubi
- Air Asam Kerisik
Papedom - Buah Oren
- Air Sirap Oren/Sirap
Air Mineral - Peralatan Hidang
- Pramusaji
Apa Kata Pelanggan Kami
WAN MUJIB
Saya sangat puas hati dengan semua servis yang disediakan Raja Briyani Catering! Sempurna Semuanya! Makanan sangat sedap. Hampir semua tetamu puji dan bertanya
SHAZA SHAHEENI
Sangat puas hati dan berbaloi. Habis semua tetamu sapu licin. Lagi-lagi Daging Masak Hitam. Masya Allah harga yang sangat berpatutan dan memuaskan!
MASTURA
Staff sangat attentive, cuba sedaya upaya memenuhi permintaan tuan rumah dan cepat take action. Tuan rumah last minute membuat permintaan pelamin pun dapat dipenuhi. Syabas Raja Briyani Catering!

Dapatkan Sebut Harga
Jangan tunggu lagi! Dapatkan sebut harga anda sekarang
Raja Briyani Catering
8, Jalan Vista Mutiara 1, Taman Vista Mutiara, Bukit Sungai Long 43200 Kajang, Selangor
013-2700571
rajabriyanicatering.my@gmail.com
Monday: Closed
Tuesday: 09:00 – 19:00
Wednesday: 09:00 – 19:00
Thursday: 09:00 – 19:00
Friday: 09:00 – 19:00
Saturday: 09:00 – 19:00
Sunday: 09:00 – 19:00