Penulis: TMS

  • SOP Penganjuran Majlis Sosial, Kenduri Kahwin & Pertunangan (PKPB) Mac 2021

    Negeri Di Bawah PKPB

    • Kuala Lumpur
    • Selangor
    • Penang
    • Johor
    • Negeri Sembilan
    • Kedah
    • Perak
    • Kelantan
    • Sarawak (hingga 15 Mac 2021)

    Negeri Di Bawah PKPP

    • Melaka
    • Pahang
    • Terengganu
    • Sabah
    • Putrajaya
    • Labuan
    • Perlis

    SOP di bawah penganjuran majlis sosial merangkumi :

    • Kenduri
    • Majlis Perkahwinan/Pertunangan
    • Majlis Aqiqah/Doa Selamat/Tahlil
    • Majlis Sambutan Hari Jadi
    • Majlis Reunion
    • Lain-lain Majlis Sosial

    Perkara Dibenarkan

    • Tempat penganjuran majlis di dalam dewan atau tempat terbuka

    Perkara Tak Dibenarkan

    • Majlis tidak dibenarkan jika sukar mengawal keadaan di mana terdapat ramai orang pada satu-satu masa dan sukar untuk mengawal perilaku tetamu.
    • Hidangan makanan secara buffet layan diri dan majlis tiup lilin.
    • Penganjuran di kawasan PKP dan PKPD tidak dibenarkan.
    • Patient under Investigation (PUI) & Person under Surveillance (PUS) tidak dibenarkan hadir.

    Tanggungjawab Penganjur Majlis

    PROSES MENYAMBUT TETAMU

    • Tandakan dengan jelas laluan khas keluar/masuk tetamu di kawasan majlis khususnya bagi majlis dibuat di tempat terbuka seperti di rumah.
    • Sediakan kaunter saringan kesihatan di pintu masuk. Rekod kehadiran tetamu dan periksa suhu badan. Tetamu dengan suhu badan melebihi 37.5 Celsius atau bergejala tidak dibenarkan masuk.
    • Penganjur/petugas/pramusaji (waiter), jurufoto wajib menjalani saringan kesihatan.
    • Petugas di kaunter saringan kesihatan juga perlu memastikan para tetamu membersihkan tangan (hand sanitizer)
    • Pastikan tetamu menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter semasa menunggu giliran di kaunter saringan.
    • Penganjur dan tetamu wajib memakai pelitup muka (face mask).
    • Mengawal pintu masuk dan kehadiran tetamu yang masuk ke dalam ruang majlis.
    • Kehadiran tetamu tak lebih dari 50% daripada kapasiti ruang dengan mematuhi penjarakan fizikal.

    PENDAFTARAN TETAMU

    • Mendaftarkan tetamu menggunakan apps MySejahtera atau secara manual nama dan no. telefon jika tiada liputan Internet.
    • Tetamu dari kalangan bayi dan kanak-kanak tidak digalakkan.

    RUANG MAJLIS

    • Membuat pembersihan dan disinfeksi sebelum dan selepas majlis di seluruh kawasan luar dan dalam dewan, kerusi dan meja tetamu, meja hadiah (doorgift table), alatan catering, pelamin pengantin, tandas dan mana-mana kawasan, permukaan atau alatan/barangan yang kerap disentuh.
    • Pastikan tempat majlis mempunyai pengudaraan yang baik.
    • Susun meja makan dengan jarak 2 meter. Kerusi di meja pula disusun dengan jarak 1 meter.
    • Makanan boleh disediakan secara pack-food, hidang (served), dome setting atau buffet yang diseliakan oleh pramusaji untuk mencedok makanan ke pinggan tetamu / pelanggan.
    • Tetamu / pelanggan digalakkan memakai sarung tangan pakai buang (disposable gloves) bagi mencedok makanan ke pinggan.
    • Pramusaji/petugas wajib memakai pelitup muka semasa menghidangkan makanan. 

    Tanggungjawab Tetamu

    PROSES KETIBAAN TETAMU

    • Buat pemeriksaan suhu badan dan saringan gejala batuk, sakit tekak, selsema dan sesak nafas di kaunter masuk. Tetamu dengan suhu badan melebihi 37.5 Celsius atau bergejala tidak dibenarkan masuk.
    • Cuci tangan menggunakan hand sanitizer.
    • Jaga penjarakan fizikal 1 meter semasa menunggu giliran untuk masuk.
    • Wajib memakai pelitup muka (face mask).
    • Jangan hadir ke majlis jika anda mengidap penyakit kronik.

    PENDAFTARAN TETAMU

    • Mendaftar masuk menggunakan apps MySejahtera atau secara manual nama dan no. telefon jika tiada liputan Internet.

    SEMASA MAJLIS

    • Ambil kedudukan seperti yang telah ditanda atau ditetapkan oleh penganjur.
    • Elakkkan sembang jarak dekat (close conversation).
    • Beratur mengambil makanan dengan penjarakan 1 meter.
    • Kurangkan bercakap semasa mengambil makanan.
    • Tidak berkumpul semasa makan.
    • Tidak bersesak di dalam lif dan tandas atau mana-mana ruang di tempat majlis.
    • Dilarang berkumpul di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis.
    • Meninggalkan majlis dengan teratur dan tidak bersesak-sesak.

    Dengan adanya SOP ini, moga-moga majlis yang diadakan dapat berjalan lancar. Ayuh kita jaga SOP dengan penuh disiplin demi keselamatan kita bersama!

    Sumber : Majlis Keselamatan Negara

  • 4 Pakej Katering 1000 Pax Paling Jimat & Berbaloi Untuk Tahun 2024

    Raja-briyani-catering-murah-sedap-min.png

    4 PAKEJ KATERING BAGI JEMPUTAN SERAMAI 1000 PAX INI PASTI TAK MENGHAMPAKAN ANDA

    Jemputan seramai 1000 pax adalah satu jumlah yang agak besar. Oleh itu, penting untuk anda memilih pakej katering yang bajet dan pada masa yang sama mempunyai kualiti yang setanding dengan pakej-pakej mahal.

    Memilih pakej katering yang bajet dapat membantu anda menjimatkan belanja perkahwinan. Anda boleh gunakan lebihan bajet tersebut untuk perbelanjaan lain seperti membayar ‘videographer’, ‘doorgift’, pelamin dan lain-lain.

    JOM TENGOK 4 PAKEJ KATERING UNTUK 1000 PAX YANG KAMI TAWARKAN BAGI TAHUN 2020 :

    KATERING SAHAJA
    RM14
    • Nasi Briyani / Nasi Minyak
    • .
    • Ayam Masala / Ayam Berempah
    • .
    • Daging Masak Hitam / Daging Briyani
    • .
    • Dalca Sayur / Pajeri Nenas Berempah / Masak Lemak Pucuk Ubi
    • .
    • Air Asam Kerisik
    • .
    • Buah Oren
    • Sirap / Sirap Oren / Sirap Laci
    • .
    • HIDANGAN PENGANTIN
      2 Set Menu Asas
    • 2 Ekor Ayam Golek
    • 2 Ekor Siakap 3 Rasa
    • 2 Jambak Udang
    • 2 Set Buah-buahan Campur
    • 10 Pax Dessert
    • 10 Set Hiasan Makan Beradab
    • 2 Set VIP Dome (8-10 Pax)
    • .
    • KELENGKAPAN MAJLIS
    • Tray buffet
    • Pinggan dan cawan
    • Senduk, sudu dan garfu
    • Tisu
    • Balang Air Minuman
    • Pelayan Beruniform
    • .
    • PERCUMA
    • Air Mineral
    • Kek 1 Tingkat
    KATERING & KANOPI
    RM19
    • Nasi Briyani / Nasi Minyak
    • .
    • Ayam Masala / Ayam Berempah
    • .
    • Daging Masak Hitam / Daging Briyani
    • .
    • Dalca Sayur / Pajeri Nenas Berempah / Masak Lemak Pucuk Ubi
    • .
    • Air Asam Kerisik
    • .
    • Buah Oren
    • Sirap / Sirap Oren / Sirap Laici
    • .
    • HIDANGAN PENGANTIN
    • 2 Set Menu Asas
    • 2 Ekor Ayam Golek
    • 2 Ekor Siakap 3 Rasa
    • 2 Jambak Udang
    • 2 Set Buah-buahan Campur
    • 10 Pax Dessert
    • 10 Set Hiasan Makan Beradab
    • 2 Set VIP Dome (8-10 Pax)
    • .
    • KELENGKAPAN MAJLIS
    • 20 Sarung Kerusi untuk VIP
    • 6 Khemah Arabian
    • Scallop 2 Layer
    • Meja Pengantin
    • Hiasan Meja Pengantin
    • 18 Meja Bulat (Alas 2 Layer)
    • 160 buah Kerusi
    • 2 Set Meja Buffet
    • 2 Meja Doorgift
    • 1 Meja Kek
    • Tray buffet
    • Pinggan dan cawan
    • Senduk, sudu dan garfu
    • Tisu
    • Balang Air Minuman
    • Pelayan Beruniform
    • .
    • PERCUMA
    • Air Mineral
    • 1 Set Kerusi Pengantin
    • Hiasan Meja Makan Beradab
    KATERING & KELENGKAPAN DI DEWAN
    RM17
    • Nasi Briyani / Nasi Minyak
    • .
    • Ayam Masala / Ayam Berempah
    • .
    • Daging Masak Hitam / Daging Briyani
    • .
    • Dalca Sayur / Pajeri Nenas Berempah / Masak Lemak Pucuk Ubi
    • .
    • Air Asam Kerisik / Papedom
    • .
    • Acar Buah
    • Buah Oren
    • Sirap / Sirap Oren / Anggur
    • .
    • HIDANGAN PENGANTIN
    • 2 Set Menu Asas
    • 2 Ekor Ayam Golek
    • 2 Ekor Siakap 3 Rasa
    • 2 Jambak Udang
    • 2 Set Buah-buahan Campur
    • 10 Pax Dessert
    • 10 Set Hiasan Makan Beradab
    • 2 Set VIP Dome (8-10 Pax)
    • .
    • KELENGKAPAN MAJLIS
    • Meja Pengantin
    • Set Kerusi Meja Lengkap (Maksimum 28 meja)
    • Sarung Kerusi Penuh  
    • 2 Set Meja Buffet
    • 2 Meja Door Gift
    • Meja Kek
    • Tray buffet
    • Pinggan dan cawan
    • Senduk, sudu dan garfu
    • Tisu
    • Balang Air Minuman
    • Pelayan Beruniform
    • .
    • PERCUMA
    • Air Mineral
    • Set Kerusi Pengantin
    • Hiasan Meja Makan Beradab
    PAKEJ LENGKAP MAHLIGAI
    RM21
    • Nasi Briyani / Nasi Minyak
    • .
    • Ayam Masala / Ayam Berempah
    • .
    • Daging Masak Hitam / Daging Briyani
    • .
    • Dalca Sayur / Pajeri Nenas Berempah / Masak Lemak Pucuk Ubi
    • .
    • Air Asam Kerisik / Papedom
    • .
    • Acar Buah
    • Buah Oren
    • Sirap / Sirap Oren / Anggur
    • .
    • KELENGKAPAN (RUMAH)
    • Set Pelamin Kanopi 20 Kaki
    • 6 Kanopi Arabian
    • Meja Pengantin
    • Set Kerusi Meja Lengkap (Alas 2 layer)
    • Sarung Kerusi Penuh – Riben di Meja VIP
    • Underlayer untuk Kanopi Pengantin
    • 2 Warna Scallop
    • Backdrop Kanvas
    • Pelayan Beruniform
    • .
    • KELENGKAPAN (DEWAN)
    • Set Pelamin Dewan 30 Kaki
    • Set Kerusi dan Meja Lengkap (Alas Meja 2 Layer)
    • Sarung Kerusi Penuh – Riben Meja VIP & Tetamu
    • Pelayan Beruniform
    • .
    • SET BRIDAL (RUMAH/DEWAN)
    • Busana Lengkap Lelaki dan Perempuan
    • Aksesori Lengkap Lelaki & Perempuan
    • Bungan Tangan
    • Mekap 1 Kali
    • Payung Pengantin
    • Arch dan Walkway
    • Karpet Merah
    • .
    • FOTOGRAFI
    • Album 8 x 24 dengan Kotak Riben
    • Frame Gambar 11R
    • Frame Table Top 4R
    • Pendrive 
    • Indoor & Outdoor
    • .
    • PERCUMA
    • Air Mineral
    • 2 Set Dome VIP
    • Kek 1 Tingkat
    • Meja Kek 
    • Meja Doorgift
    • 2 Set Meja Buffet
    • 1 Set Kerusi Pengantin
    • Hiasan Meja Makan Beradab
    • Sistem PA dan DJ

    TESTIMONI KLIEN

    So far one of the best Nasi Briyani yang saya pernah saya makan. Aroma nasi lain dari yang lain. Rich dengan aroma herba. Tak kosong macam sesetengah nasi briyani. Beras pun panjang2. Signature dish Air Asam Kerisik memang sedap sangat!

    SHAH

    Kami sekeluarga nak ucapkan terima kasih kepada Raja Beriani kerana menyempurnakan Majlis Kesyukuran & Aqiqah di rumah kami semalam. Makanan sampai awal dan tetamu semua kata makanan sedap. Ada tetamu yang ambil Business Kad Raja Beriani untuk servis katering di majlis mereka yang akan datang.

    FATIMAH HASSAN

    Terima kasih kepada Raja Briyani Catering makanan sedap-sedap belaka. Ramai tetamu puji terutama Daging Masak Hitam. Saya sangat berpuas hati … Akan repeat order lagi untuk majlis kahwin adik saya yang akan datang ..

    AZIZAH BUYONG

    RATING GOOGLE : 4.9/5.0

    Rating: 4.5 out of 5.

    NAK CUBA MASAKAN KAMI?

    Hubungi kami hari ini untuk hadir ke sesi ‘Food Tasting’ Raja Briyani Catering!


    HUBUNGI KAMI

    8, Jalan Vista Mutiara 1, Taman Vista Mutiara
    Bukit Sungai Long
    Kajang, Selangor 43200
    Malaysia

    WAKTU URUSAN

    Isnin
    Ditutup
    Selasa
    8:00 AM – 6:00 PM
    Rabu
    9:00 AM – 6:00 PM
    Khamis
    8:00 AM – 6:00 PM
    Jumaat
    8:00 AM – 6:00 PM
    Sabtu
    8:00 AM – 6:00 PM
    Ahad
    9:00 AM – 12:00 PM
  • 5 Menu ‘Hot Selling’ Raja Briyani Catering

    Walau sehebat mana tema perkahwinan anda, tapi jika sajian yang dihidangkan kepada tetamu hanya biasa-biasa, pasti akan mencacatkan kesempurnaan majlis anda!

    Oleh itu, penting untuk bakal pengantin memilih katerer yang mampu menyajikan masakan yang bukan sahaja sedap malah membuatkan para tetamu ke majlis perkahwinan anda menyebut-nyebut hingga ke rumah.

    Kami di Raja Briyani Catering sentiasa menitik beratkan soal kualiti masakan. Bagi kami, ia adalah satu kepuasan apabila dapat menyajikan yang terbaik untuk para pelanggan kami.

    Okay jom kita lihat 5 SAJIAN YANG PALING POPULAR di kalangan pelanggan Raja Briyani Catering :

    nasi briyani yang sedap dari Raja Briyani Catering
    Nasi Briyani daripada beras panjang dikukus menggunakan herba terpilih

    NASI BRIYANI

    Ratah sahaja pun dah sedap! Ini yang sering pelanggan kami katakan.

    Diperbuat dari beras panjang PUSA 1121 yang dikukus menggunakan herba-herba terpilih hingga menghasilkan aroma briyani yang sangat harum dan lazat.

    Teksturnya yang gebu, tak melekat dan berketul membuatkan ia cukup sempurna untuk dinikmati!

    Daging masak hitam Raja Briyani Catering
    Empuk dan penuh rasa rempah!

    DAGING MASAK HITAM

    Lembut – empuk – penuh rasa rempah, itulah reaksi para pelanggan yang telah mencuba Daging Masak Hitam Raja Briyani Catering.

    Tak lengkap rasanya makan Nasi Briyani tanpa Daging Masak Hitam. Gandingan yang cukup-cukup mantap!

    ayam masala yang sedap dimasak oleh raja briyani catering
    Ayam Masala istimewa dari Raja Briyani Catering

    AYAM MASALA

    Dah jemu dengan Ayam Masak Merah? Apa kata anda cuba pula Ayam Masala.

    Dimasak empuk dengan herba dan rempah terpilih, membuatkan sesiapa yang merasainya jatuh cinta dengan kelembutan tekstur dan rasanya yang serba cukup.

    Warnanya yang merah menyala membuatkan hidangan ini lebih menarik untuk dinikmati!

    Air asam kerisik raja briyani catering
    Air Asam Kerisik.. Side dish paling popular!

    AIR ASAM KERISIK

    Tak sempurna rasanya jika dalam pinggan tak ada Air Asam Kerisik. Hidangan ini merupakan hidangan yang sangat popular di kalangan pelanggan Raja Briyani Catering selain dari Nasi Briyani.

    Entah kenapa, seolah-olah tak ‘kick’ rasanya jika Nasi Briyani yang dihidang tak digandingkan bersama Air Asam Kerisik.

    Rasanya yang masam manis, sedikit rasa pedas dan rasa lemak kerisik menjadikan setiap suapan ke mulut terasa sungguh asyik dan nikmat!

    Bila ada Air Asam Kerisik, rasanya dah boleh ucap selamat tinggal kepada Papedom dan Sambal Belacan.

    ayam goreng berempah yang lazat
    Sedap dihidang hangat-hangat!

    AYAM GORENG BEREMPAH

    Siapa yang tak suka makanan dihidang panas-panas kan? Tambahan pula jika makan Ayam Goreng Berempah yang masih hangat. Baunya sahaja dah cukup menyelerakan!

    Digaul dan diperap secukupnya dengan ketumbar, serai dan beberapa herba dan rempah tertentu sebelum digoreng. Garing dan rangup diluar namun isinya lembut di dalam.

    Paling enak jika dimakan dengan Air Asam Kerisik! Fuhh… Memang nikmat!

    Oh ya, jika anda berminat untuk lihat pakej perkahwinan kami, apa kata anda klik DI SINI.

    Banyak pakej perkahwinan dan katering pada harga yang berpatutan istimewa untuk anda.

    Selamat berkunjung! 😉

  • Isteri Merajuk, Suami Nak Buat Apa?

    “Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri.” Itulah bidalan melayu yang sering kita dengar. Ia menjadi lumrah dan asam garam dalam alam perkahwinan. Ia juga menjadi kebiasaan jika berlaku pertengkaran kecil atau salah faham antara suami isteri, akan ada salah seorang yang akan ‘merajuk’.😅

    Seperti biasa yang dapat kita jangka yang akan merajuk ialah sang isteri,oleh kerana fitrah seorang wanita yang ada ketika waktunya emosi tidak stabil dan mungkin juga kerana keadaan sekeliling yang boleh mempengaruhi perasaannya.

    Oleh sebab itu, adakalanya sang suami kadangkala bingung malah ada yang tidak tahu untuk mencari solusi dalam memujuk sang isteri . Sang suami perlu cuba menyelesaikan masalah ini agar ianya tidak berlarutan sehingga berlaku perkara-perkara yang tidak diingini dalam rumah tangga. Nauzubillahiminzalik.Minta dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak baik. Jadi apakah yang perlu suami buat untuk menambat semula hati sang isteri?

    Jom follow tips- tips berikut! :

     

    MINTA MAAF

    Ya. Bunyi macam ‘cliché’ tetapi masih ada sesetengah isteri yang hanya mahu perkataan itu keluar dari mulut sang suami. Kadangkala,hanya dengan perkataan maaf ini dapat mencairkan semula hati mereka. Perkara ini memerlukan sedikit pengorbanan dari sang suami iaitu perlu merendahkan ke’ego’an untuk memulakan permohonan maaf walaupun masalah tersebut bukan dicetuskan oleh suami. Namun jika itu salah satu cara untuk menambat semula hati sang isteri,apa salahnya kan?😄

     

    “DIAM BUKAN SEKADAR DIAM”

    Aikk? Macam mana tu? Haa..macam ni, kadangkala ada yang jenis merajuk ni sampai tak nak dengar suara si suami walaupun si suami dah minta maaf.Jadi si suami perlu lebih bersabar dan jangan menambahkan lagi bebelan anda pada isteri atau apa-apa yang boleh menyebabkan pertengkaran mulut ketika waktu sebegini.

    Cara yang baik buat si suami adalah diam di mulut, akan tetapi anda cuba perhatikan keadaan rumah atau anak-anak kecil mana tahu masih ada yang belum dibereskan,anda cuba lakukan. Selain dapat meringankan bebanan sang isteri, siapa tahu kalau isteri tersentuh melihat perkara begini lalu terbuka hatinya untuk memohon maaf atau menerima maaf dari sang suami. Inilah yang dimaksudkan ‘diam bukan sekadar diam’.

     

    MAKANAN

    Nak memujuk wanita ni memang diakui bukanlah satu perkara yang mudah dan pantas. Namun ada dari mereka yang sangat menghargai perkara-perkara yang orang lain nampak ianya macam biasa tetapi bagi diri mereka ia sangat bermakna dan istimewa. MAKANAN! YA!

    Wanita dan makanan berpisah tiada! Oleh itu gunakan peluang ini untuk cuba menambat semula hati sang isteri sama ada mengajak si isteri ke kedai makan/warung/restoran kesukaannya atau membuat kejutan membelikan makanan kesukaannya!

    APAKAH YANG MENJADI KESUKAAN ISTERI ANDA?

    Jika anda seorang suami yang tahu tentang apa yang isteri anda suka, maka anda seorang suami yang beruntung kerana peluang untuk memujuk isteri anda lebih mudah. Misalnya, isteri anda seorang yang sangat sukakan bunga atau tanaman, maka anda hadiahkannya bunga atau pokok-pokok begitu juga jika isteri anda sukakan minyak wangi dan lain-lain.

     

    Jika isteri anda seorang yang suka menonton filem atau drama, cuba raikannya dengan mengajak si isteri menonton filem atau drama kesukaannya berdua.

     

    Sesi memujuk ini memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi dari seorang suami . Tips-tips di atas adalah cadangan bagi para suami yang buntu untuk mencari penyelesaian. Masih banyak lagi cara untuk menambat semula hati sang isteri, terpulang kepada kreativiti masing-masing.

    Namun, perkara-perkara kecil seperti yang dinyatakan di atas kadangkala mampu membuatkan hati sang isteri terusik semula kerana tidak semua wanita inginkan sesuatu yang mahal, hadiah yang besar dan sebagainya.

    Hikmah yang terdapat dalam sesi memujuk ini, selain pengorbanan dan kesabaran, ia juga menjadi pelajaran buat suami dan isteri agar sentiasa memperbaiki hubungan antara satu sama lain supaya dapat mengekalkan keharmoniaan dalam rumah tangga.