5 Menu ‘Hot Selling’ Raja Briyani Catering

Walau sehebat mana tema perkahwinan anda, tapi jika sajian yang dihidangkan kepada tetamu hanya biasa-biasa, pasti akan mencacatkan kesempurnaan majlis anda!

Oleh itu, penting untuk bakal pengantin memilih katerer yang mampu menyajikan masakan yang bukan sahaja sedap malah membuatkan para tetamu ke majlis perkahwinan anda menyebut-nyebut hingga ke rumah.

Kami di Raja Briyani Catering sentiasa menitik beratkan soal kualiti masakan. Bagi kami, ia adalah satu kepuasan apabila dapat menyajikan yang terbaik untuk para pelanggan kami.

Okay jom kita lihat 5 SAJIAN YANG PALING POPULAR di kalangan pelanggan Raja Briyani Catering :

nasi briyani yang sedap dari Raja Briyani Catering
Nasi Briyani daripada beras panjang dikukus menggunakan herba terpilih

NASI BRIYANI

Ratah sahaja pun dah sedap! Ini yang sering pelanggan kami katakan.

Diperbuat dari beras panjang PUSA 1121 yang dikukus menggunakan herba-herba terpilih hingga menghasilkan aroma briyani yang sangat harum dan lazat.

Teksturnya yang gebu, tak melekat dan berketul membuatkan ia cukup sempurna untuk dinikmati!

Daging masak hitam Raja Briyani Catering
Empuk dan penuh rasa rempah!

DAGING MASAK HITAM

Lembut – empuk – penuh rasa rempah, itulah reaksi para pelanggan yang telah mencuba Daging Masak Hitam Raja Briyani Catering.

Tak lengkap rasanya makan Nasi Briyani tanpa Daging Masak Hitam. Gandingan yang cukup-cukup mantap!

ayam masala yang sedap dimasak oleh raja briyani catering
Ayam Masala istimewa dari Raja Briyani Catering

AYAM MASALA

Dah jemu dengan Ayam Masak Merah? Apa kata anda cuba pula Ayam Masala.

Dimasak empuk dengan herba dan rempah terpilih, membuatkan sesiapa yang merasainya jatuh cinta dengan kelembutan tekstur dan rasanya yang serba cukup.

Warnanya yang merah menyala membuatkan hidangan ini lebih menarik untuk dinikmati!

Air asam kerisik raja briyani catering
Air Asam Kerisik.. Side dish paling popular!

AIR ASAM KERISIK

Tak sempurna rasanya jika dalam pinggan tak ada Air Asam Kerisik. Hidangan ini merupakan hidangan yang sangat popular di kalangan pelanggan Raja Briyani Catering selain dari Nasi Briyani.

Entah kenapa, seolah-olah tak ‘kick’ rasanya jika Nasi Briyani yang dihidang tak digandingkan bersama Air Asam Kerisik.

Rasanya yang masam manis, sedikit rasa pedas dan rasa lemak kerisik menjadikan setiap suapan ke mulut terasa sungguh asyik dan nikmat!

Bila ada Air Asam Kerisik, rasanya dah boleh ucap selamat tinggal kepada Papedom dan Sambal Belacan.

ayam goreng berempah yang lazat
Sedap dihidang hangat-hangat!

AYAM GORENG BEREMPAH

Siapa yang tak suka makanan dihidang panas-panas kan? Tambahan pula jika makan Ayam Goreng Berempah yang masih hangat. Baunya sahaja dah cukup menyelerakan!

Digaul dan diperap secukupnya dengan ketumbar, serai dan beberapa herba dan rempah tertentu sebelum digoreng. Garing dan rangup diluar namun isinya lembut di dalam.

Paling enak jika dimakan dengan Air Asam Kerisik! Fuhh… Memang nikmat!

Oh ya, jika anda berminat untuk lihat pakej perkahwinan kami, apa kata anda klik DI SINI.

Banyak pakej perkahwinan dan katering pada harga yang berpatutan istimewa untuk anda.

Selamat berkunjung! 😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: