Hai korang yang tengah nak masuk alam perkahwinan! Nak cerita pasal pakej perkahwinan 2024 yang tak buat poket kering. Kalau bajet sikit tapi nak tetap bergaya, kita kena ada strategi, bro!
1. Tempat Gempak, Harga Berpatutan
Jangan taksub sangat nak tempat mahal. Ada tempat yang ‘stylo’ tapi tak ‘break the bank’. Cari yang berkonsepkan DIY atau outdoor, lagi ‘chill’ dan jimat!
2. Makanan: Kreatif dan Berbaloi
Lupakan hidangan kahwin biasa. Cuba pakej makanan yang kreatif tapi takde la sampai nak pecah celah kantong. Buffet makanan dari pelbagai kampung atau ‘live cooking’ boleh jadi pilihan cerdik.
3. Jurugambar Budget, Gambar Tetap Power
Tak perlu gaduh pasal jurugambar mahal. Ada banyak bakal jurugambar muda yang baru nak naik, tapi skill gila! Dorang boleh buat gambar kahwin korang nampak macam dalam filem Hollywood, tapi bajet student!
4. Hiasan DIY: Murah Tapi Menawan
Buat hiasan sendiri! Mesti ramai kawan-kawan ada bakat seni yang tak digunakan. Buat DIY hiasan, murah, tapi boleh nampak mahal. Jadi macam kahwin dalam mahligai gitu!
5. Kad Undangan Digital: Save Paper, Save Duit
Zaman dah canggih ni, kenapa nak bazir kertas? Gunakan kad undangan digital. Jimat duit dan lagi ‘eco-friendly’. Tak payah nak risau tetamu tak faham, sekarang semua orang power dengan teknologi.
Kesimpulan:
Kahwin tak semestinya makan duit banyak. Dengan pakej yang bijak, korang boleh jimat banyak tapi tetap buat hari istimewa korang nampak macam satu karya seni. So, relax, plan dengan penuh kreativiti, dan jangan lupa nikmati setiap saat! Selamat berkahwin, geng! 💑🎊
“Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri.” Itulah bidalan melayu yang sering kita dengar. Ia menjadi lumrah dan asam garam dalam alam perkahwinan. Ia juga menjadi kebiasaan jika berlaku pertengkaran kecil atau salah faham antara suami isteri, akan ada salah seorang yang akan ‘merajuk’.😅
Seperti biasa yang dapat kita jangka yang akan merajuk ialah sang isteri,oleh kerana fitrah seorang wanita yang ada ketika waktunya emosi tidak stabil dan mungkin juga kerana keadaan sekeliling yang boleh mempengaruhi perasaannya.
Oleh sebab itu, adakalanya sang suami kadangkala bingung malah ada yang tidak tahu untuk mencari solusi dalam memujuk sang isteri . Sang suami perlu cuba menyelesaikan masalah ini agar ianya tidak berlarutan sehingga berlaku perkara-perkara yang tidak diingini dalam rumah tangga. Nauzubillahiminzalik.Minta dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak baik. Jadi apakah yang perlu suami buat untuk menambat semula hati sang isteri?
Jom follow tips- tips berikut! :
MINTA MAAF
Ya. Bunyi macam ‘cliché’ tetapi masih ada sesetengah isteri yang hanya mahu perkataan itu keluar dari mulut sang suami. Kadangkala,hanya dengan perkataan maaf ini dapat mencairkan semula hati mereka. Perkara ini memerlukan sedikit pengorbanan dari sang suami iaitu perlu merendahkan ke’ego’an untuk memulakan permohonan maaf walaupun masalah tersebut bukan dicetuskan oleh suami. Namun jika itu salah satu cara untuk menambat semula hati sang isteri,apa salahnya kan?😄
“DIAM BUKAN SEKADAR DIAM”
Aikk? Macam mana tu? Haa..macam ni, kadangkala ada yang jenis merajuk ni sampai tak nak dengar suara si suami walaupun si suami dah minta maaf.Jadi si suami perlu lebih bersabar dan jangan menambahkan lagi bebelan anda pada isteri atau apa-apa yang boleh menyebabkan pertengkaran mulut ketika waktu sebegini.
Cara yang baik buat si suami adalah diam di mulut, akan tetapi anda cuba perhatikan keadaan rumah atau anak-anak kecil mana tahu masih ada yang belum dibereskan,anda cuba lakukan. Selain dapat meringankan bebanan sang isteri, siapa tahu kalau isteri tersentuh melihat perkara begini lalu terbuka hatinya untuk memohon maaf atau menerima maaf dari sang suami. Inilah yang dimaksudkan ‘diam bukan sekadar diam’.
MAKANAN
Nak memujuk wanita ni memang diakui bukanlah satu perkara yang mudah dan pantas. Namun ada dari mereka yang sangat menghargai perkara-perkara yang orang lain nampak ianya macam biasa tetapi bagi diri mereka ia sangat bermakna dan istimewa. MAKANAN! YA!
Wanita dan makanan berpisah tiada! Oleh itu gunakan peluang ini untuk cuba menambat semula hati sang isteri sama ada mengajak si isteri ke kedai makan/warung/restoran kesukaannya atau membuat kejutan membelikan makanan kesukaannya!
APAKAH YANG MENJADI KESUKAAN ISTERI ANDA?
Jika anda seorang suami yang tahu tentang apa yang isteri anda suka, maka anda seorang suami yang beruntung kerana peluang untuk memujuk isteri anda lebih mudah. Misalnya, isteri anda seorang yang sangat sukakan bunga atau tanaman, maka anda hadiahkannya bunga atau pokok-pokok begitu juga jika isteri anda sukakan minyak wangi dan lain-lain.
Jika isteri anda seorang yang suka menonton filem atau drama, cuba raikannya dengan mengajak si isteri menonton filem atau drama kesukaannya berdua.
Sesi memujuk ini memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi dari seorang suami . Tips-tips di atas adalah cadangan bagi para suami yang buntu untuk mencari penyelesaian. Masih banyak lagi cara untuk menambat semula hati sang isteri, terpulang kepada kreativiti masing-masing.
Namun, perkara-perkara kecil seperti yang dinyatakan di atas kadangkala mampu membuatkan hati sang isteri terusik semula kerana tidak semua wanita inginkan sesuatu yang mahal, hadiah yang besar dan sebagainya.
Hikmah yang terdapat dalam sesi memujuk ini, selain pengorbanan dan kesabaran, ia juga menjadi pelajaran buat suami dan isteri agar sentiasa memperbaiki hubungan antara satu sama lain supaya dapat mengekalkan keharmoniaan dalam rumah tangga.
Mengadakan kenduri perkahwinan adalah sesuatu yang dicintai oleh Rasulullah SAW. Walaupun majlis perkahwinan itu diadakan dalam keadaan yang serba sederhana.
Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Abdul Rahman bin Auf : ” Adakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing “. (Riwayat Bukhari dan Muslim ) .
Maka, tak perlulah anda bersusah payah untuk mengadakan majlis perkahwinan yang besar-besar jika bajet tak cukup. Majlis yang ringkas dan sederhana pun sudah memadai. Apa yang penting, tujuan walimah telah tercapai.
Kehadiran tetamu ke majlis perkahwinan membawa seribu keberkatan kepada tuan rumah.
Rezeki bertambah murah dan Allah SWT akan mengangkat segala bala bencana dan kejahatan yang ada.
Sabda Rasulullah SAW lagi, “Kedatangan tamu ke rumah mendatangkan kurnia yang banyak ke dalam rumah dan pada saat pergi, mereka membawa keluar berbagai bencana.
Alangkah meriahnya sesebuah majlis perkahwinan yang dihadiri dengan oleh saudara mara, rakan-rakan serta jiran-jiran.
Pasti banyak cerita yang ingin dibualkan. Apatah lagi bagi teman-teman yang telah sekian lama tidak berjumpa.
Selain bersilaturahim, ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.
BUAT SENARAI NAMA TETAMU KE MAJLIS PERKAHWINAN ANDA
Antara perkara yang perlu ditentukan terlebih dahulu adalah jumlah tetamu jemputan untuk majlis perkahwinan anda.
Setelah itu barulah anda mulakan misi mencari dewan dan katering berdasarkan jumlah tetamu yang bakal dijemput ke majlis perkahwinan anda.
Siapa yang anda ingin jemput? Teman-teman sekolah anda? Saudara-mara yang anda rapat sejak kecil? Ataupun ‘boss’ di tempat kerja?
Ambil sedikit masa untuk buat senarai tetamu bersama kedua ibu bapa anda. Mulakan senarai tersebut dengan ahli keluarga terdekat.
Keluarga belah pasangan anda jangan dilupa. Seterusnya saudara mara. Kemudian rakan-rakan yang paling rapat dengan anda dan kedua ibu bapa anda.
Kalau ada bajet lebih, masukkan juga jiran-jiran dan kenalan lain ke dalam senarai tersebut.
Apa sahaja keputusan, pastikan anda telah berbincang terlebih dahulu dengan kedua ibu bapa. Biasanya ibu bapa anda juga ada senarai tetamu mereka sendiri yang ingin dijemput.
Jumlah makanan yang dihidangkan juga penting bagi memastikan semua tetamu dapat menjamu selera tanpa ada yang tertinggal.
Bagi yang baru pertama kali mengadakan majlis, ini merupakan satu cabaran yang agak rumit.
Pernah berlaku kes di mana makanan telah habis seawal jam 1 tengahari. Kelam kabut tuan rumah cari makanan lain.
Jadi, untuk mengelakkan makanan tak cukup, di sini kami nak kongsi cara mengira bilangan tetamu ke majlis anda :
CARA KIRA TETAMU KE MAJLIS PERKAHWINAN
✓ FORMULA ASAS
Jumlah kad x 2.4
Contoh : 400 x 2.4 = 960 pax
Kiraan di atas sesuai diguna jika anda merancang majlis perkahwinan pada hari biasa iaitu diluar musim cuti sekolah dan perayaan.
✓JEMPUTAN KETIKA MUSIM CUTI
Jika anda merancang mengadakan majlis perkahwinan pada musim cuti, kebarangkalian tetamu untuk hadir adalah sedikit rendah disebabkan banyak jemputan yang perlu dihadiri.
Untuk itu, kiraannya juga sedikit berbeza. Formulanya adalah :
Jumlah kad x 2.3
Contoh : 400 x 2.3 = 920 pax
✓ JEMPUTAN JIKA ANDA SEORANG TOKOH MASYARAKAT, ARTIS & DIKENALI RAMAI
Sudah pasti ramai tetamu yang akan hadir jika anda seorang yang dikenali ramai.
Maka kiraannya perlu ditambah sedikit seperti berikut :
Jumlah kad x 2.5
Contoh : 400 x 2.5 = 1000 pax
Moga dengan adanya cara pengiraan yang betul ini dapat mengelakkan kes-kes makanan tak cukup di hari bahagia anda.
Sila kongsikan dengan teman anda yang mungkin memerlukan info ini. 😉
.
Saya tahu anda berada di sini kerana tertarik dengan Pakej Katering Murah kami. Tapi sebenarnya…
Tak ada satu pun Pakej Katering Paling Murah kat Shah Alam di sini
Terkejut? Ya memang betul… Ini bukan gimik. Serius bukan. Memang pakej katering kami adalah yang paling mahal sekali kat Shah Alam. Tapi yang peliknya :
Lebih 300+ pelanggan katering saya pun rasa tertipu
Bukan anda je tapi ramai lagi yang rasa tertipu. Bila nampak je pakej katering murah kat Google, terus ramailah yang call dan Whatsapp. Nak jadi cerita, ada seorang pelanggan saya ni terus set temujanji untuk datang Food Tasting.
Waktu ni dia ‘still’ rasa servis katering kamilah yang PALING MURAH kat Shah Alam.
Sampailah hari dia datang untuk Food Tasting. Jauh rupanya pejabat Raja Briyani Catering. Ingatkan kat Shah Alam rupanya jauh kat Kajang.
Lepas je duduk, dia terus capai sudu. Mungkin lapar punya pasal, pelanggan saya tu terus jamah Nasi Briyani.
Kemudian…
Belum sempat nak telan, tiba-tiba dahi mula berkerut. Seolah-olah ada yang tak kena…
Saya masih ingat lagi riak muka dia waktu tu. Dia sambung kunyah dan kunyah lagi sebelum telan. Masih terdiam lagi tanpa suara…
Seminit kemudian, barulah dia buka mulut…
“Encik, saya dah cuba masakan 2-3 katerer sebelum ni. Tapi, masakan ni yang PALING SEDAP pernah saya rasa. Betul Encik tak tipu!”
“Nasi cukup rasa rempah semua.. Rasa gebu sebijik-sebijik dalam mulut. Tak lembik. Lauk daging pun sedap sangat! Tak liat. Isi lembut jer..”
Tepat jangkaan saya. Pelanggan-pelanggan yang pernah datang sebelum ni pun macam tu juga. Lepas cuba je masakan kami, terus tak berhenti memuji.
Tapi, dia tak tau lagi harga pakej katering kami yang sebenar. Lalu…
Tibalah masa saya dedahkan harga pakej katering ‘PALING MURAH’…
Sambil tunggu pelanggan saya habiskan makanan, saya mula buka mulut untuk jelaskan pakej sebenar katering kami. Satu-satu saya ‘explain’ supaya tak timbul salah faham.
Saya pun cuba yakinkan yang pakej katering kami adalah yang paling murah sekali kat Shah Alam. Belum sempat saya habiskan kata-kata…
Tiba-tiba, pelanggan saya terus bersuara :
“Apa yang murahnya?? Ini MAHAL Encik!”
“Rasa masakan katering Encik ni bukan biasa-biasa. Bukan murah punya level ni tapi sama hebat dengan hotel 5 bintang!”
“Memang berbaloi sangat dengan harga yang Encik bagi!”
Saya pun tersenyum.
Ya… Pakej Katering Kami Memang ‘MAHAL’ Bagi Mereka Yang Tahu Menilai
Bak kata pepatah, hanya jauhari mengenal manikam. Ramai pelanggan kami yang dah rasa kualiti masakan kami tahu betapa mahalnya nilai makanan yang kami sediakan.
“Nasi Briyani sedap sangat. Beras high quality. Nasi tak melekat langsung!”
“Tak tau nak bagi berapa bintang sebab makanan U very very WONDERFUL!”
“Tetamu PUAS HATI. Servis BAGUS. Dilayan macam Raja”
Pendek kata, ramai pelanggan yang jatuh cinta dengan resepi MAHAL kami
Jadi sekarang anda dah tahu betapa MAHALNYA nilai masakan kami dan kenapa 300+ pelanggan kami rasa berbaloi dengan pakej katering kami.
Apa Rahsia Masakan Raja Briyani Catering?
Sesetengah katerer guna beras gred rendah dalam masakan. Sebab tu nasi melekat, hancur dan berketul.
Kami hanya guna beras bermutu tinggi dalam masakan. Nasi tak hancur, patah dan melekat-lekat.
Ramuan rempah dan herb a yang secukup rasa.
Unik. Setiap makanan yang kami masak ada rasa yang tersendiri. Ya, langsung tak sama dengan masakan biasa. Dari Nasi hingga ke lauk pauk, semuanya unik dan sedap.
Rasa masakan yang tetap konsisten. Sama ada besar atau kecil tempahan yang diterima, rasa masakan kami tetap tak berubah walaupun sedikit.
Berapa harga pakej katering kami?
Anda boleh rasa sendiri kualiti masakan kami dan bandingkan dengan katerer lain di Shah Alam. Biasanya untuk masakan yang sedap begini, harga di luar sekitar RM15-RM17 per pax.
Tapi untuk anda saya akan bagi HARGA ISTIMEWA
Harga per pax serendah dari RM14 sahaja! Lengkap dengan makanan, peralatan dan pramusaji.
Kalau anda tengah merancang untuk buat majlis perkahwinan, akad nikah, pertunangan, majlis korporat atau akikah di sekitar Shah Alam, pakej Raja Briyani Catering adalah pakej yang tepat dan berbaloi.
Baiklah, jom kita tengok apa menu yang ditawarkan oleh Raja Briyani Catering :
Pakej Katering Bagi Majlis Akikah, Tahlil, Hari Jadi & Pertunangan
Sama ada anda tinggal di Shah Alam atau kawasan sekitar, pakej katering 100-900 pax ini memang sesuai sangat untuk majlis kecil-kecilan.
Anda tak perlu tempah kuantiti yang banyak untuk menggembirakan hati tetamu anda. Biar sikit asalkan semua tetamu puas makan. Yang penting sedap dan tak membazir.
Serahkan sahaja kepada kami untuk menjamu tetamu anda di majlis akikah, hari jadi, pertunangan, tahlil atau majlis korporat yang anda rancangkan. Saya jamin, tetamu anda pasti tersenyum puas dapat makan masakan yang sedap setanding dengan hotel 5 bintang!
“Alhamdulillah makanan memang sedap! Your staff sangat efficient. Sudu, garfu, pinggan & gelas all the time ada.”
Dato
“Syukur, ramai tetamu bgtau makanan mmg sedap. Pajeri siap ada tetamu minta tapau sb dia kata sedap. Geng2 lelaki sy kata masakan kambing mmg terbaik. Sy n fmly btul2 happy! Keep it up!”
Razlan
“Alhamdulillah fast response dan layanan terbaik dari sebelum, semasa, dan selepas majlis. Ambil pakej hulubalang untuk 100 orang (harga dan pakej berbaloi walaupun jumlah tetamu tidak ramai) dan tetamu semua puji makanan sedap. Kuah dan sambal banyak (plus point untuk mereka yang suka makan berkuah). Inshaa Allah akan ambil lagi service daripada Raja Briyani Catering.”
Nyny Azhar
“Alhamdulillah openhouse raya berjalan lancar. Kami puas hati dengan servis. Setup khemah awal, 2 hari awal. Pekerja yang dihantar cekap. Menu sedap terutama daging masak hitam. Kuih cucur badak pun sedap Kesimpulannya, kami sekeluarga berpuas hati dan ramai tetamu yang tanya pasal Raya Briyani Catering. InsyaAllah kalau ada rezeki, kami akan guna servis Raja briyani Catering lagi.”