Tips Jimat Bajet Perkahwinan – Khusus bagi yang Bajet Kecil
Sama ada anda ada RM100,000, RM10,000 atau RM1,000 dalam simpanan, dengan pengurusan bajet yang betul anda dapat mengadakan majlis perkahwinan idaman anda.
Daripada katering sampailah ke ‘dress’, di sini kami ingin kongsi beberapa trik bagaimana nak rancang bajet perkahwinan anda.
Oleh : Raja Briyani Catering
10 Cara untuk Jimat
Walau berapa pun bajet anda, tak perlulah sampai semua anda nak buat sendiri – jika mampu lebih bagus.
Ikut langkah yang saya kongsikan di bawah tanpa mengurangi sedikit pun kemeriahan majlis perkahwinan anda.
1. Reserve Awal-awal Bajet Untuk 3 Perkara Ini
Pilih 3 perkara paling penting dan pastikan dari awal-awal lagi anda dah ‘reserve’ duit untuk 3 perkara ni – katering, baju pengantin dan dewan/kanopi.
Lepas tu baru pilih benda-benda lain seperti bunga hiasan, kad kahwin, kek dan lain-lain.
By hook or by crook, 3 perkara ni wajib bagi lepas dulu sebelum duit dibelanjakan ke tempat-tempat lain.
2. Kecilkan Jumlah Jemputan
Of course yang ni memang susah. Sebab anda mungkin terpaksa korbankan beberapa kenalan lama anda. Tapi cara ni adalah cara yang paling efektif dan cepat untuk rendahkan kos perkahwinan anda.
Tetapkan terus jumlah jemputan. 500 atau 1000 pax? Utamakan dahulu kaum kerabat terdekat dan kenalan. ‘Be realistic’ dgn bajet di tangan.
Apapun jika ada bajet lebih, seeloknya ditambahkan lagi saiz jemputan. Insya Allah lebih murah rezekinya nanti.
3. Abaikan ‘Item’ Sampingan Yang Mahal
Ada masanya ‘wedding planner’ akan cadangkan perkara yang mahal dan tak perlu pun sebenarnya. Hanya sekadar ‘add on sahaja’.
Contohnya kumpulan kompang atau photobooth dan lain-lain. Sebelum anda bersetuju dengan apa-apa ‘quotation’, pastikan anda dah tahu dalam kepala apa yang anda mahukan.
Ada bajet bolehlah ambil. Takde bajet, ‘move on’ terus.
4. Pertimbangkan Cetak Kad Jemputan
Zaman sekarang anda tak perlu lagi habiskan wang semata-mata nak cetak kad kahwin. Anda boleh ‘design’ dan hantar melalui ‘Whatsapp’. Siap ada ‘location’ lagi. Kan senang!
Katakanlah anda cetak kad, harga 1 unit dah RM0.40. Kalau ada 1000 jemputan bermakna dah RM400. Kalau design cantik-cantik dan hantar melalui Whatsapp kosnya RM0!
5. ‘Simplify’ Menu Katering
Dengan mengurangkan menu, anda dapat jimat dengan banyak. Pilih menu yang asas sahaja seperti nasi beriani, nasi putih, daging masak hitam, ayam masak merah, acar, buah-buahan dan minuman sejuk.
Bubur pulut hitam, cendol, teh tarik panas, aiskrim dan lain-lain adalah ‘add on’ sahaja.
Jika anda order bubur untuk 200 orang makan sahaja kosnya dah memakan RM300. So, kalau takde bajet, cukuplah dengan menu asas sahaja. Itu pun dah cukup meriah.
6. Pilih Kek Yang Biasa – Elakkan Tambahan Yang ‘Fancy’
Tempah kek yang bersaiz kecil, cantik dan yang menepati citarasa anda. Kek kecil 1 tingkat dah memadai. Satu kek dalam RM160-RM180. Tak perlu tempah sampai bertingkat-tingkat.
Ikut pengalaman sendiri, tak ramai yang suka makan kek kahwin. Ada kes sampai buang kek selepas berminggu simpan dalam peti sejuk. Lainlah kalau kek kahwin tu dari Secret Recipe.