Zaman dulu saya ingat lagi bila tiba musim kenduri, geng mak-mak semua sibuk buat persiapan pengantin.
Daripada baju sampailah ke hidangan pengantin. Semuanya dibuat secara bergotong royong.
Masa musim kenduri masing-masing sibuk tunjuk skill. Memang serba boleh mak-mak kita zaman dulu.
Tak sah kalau tak ada hiasan makan beradab ketika kenduri kahwin. Secara tak langsung menaikkan lagi seri kedua mempelai pada hari perkahwinan.
Rekaan berbentuk bunga, tulisan atapun objek tertentu yang diukir pada buah dan sayur membuatkan makanan kelihatan lebih menarik dipandang.
Tapi pastikan anda ada asas. Asas mengukir, asas menggubah dan lain-lain. Bagi yang tangan kayu jangan sesekali diberi tugas ini jika tak mahu hari bahagia pengantin bertukar murung.
Imaginasi amat penting untuk menghasilkan gubahan atau ukiran yang cantik.
Contohnya, jika melihat buah tembikai. Apa bentuk-bentuk yang sesuai yang boleh dijelmakan dari buah tembikai tersebut? Seni ini mudah dipelajari oleh sesiapa sahaja. Mulakan dengan gubahan atau ukiran yang ringkas dan senang dulu sebelum pergi kepada yang lebih sukar.
Apa yang penting, kesabaran dan tumpuan 100%.
Untuk menghasilkan sesuatu hiasan, gunakan pisau yang kecil untuk mengukir sedikit demi sedikit di atas permukaan kulit buah atau sayur. Pisau juga perlu diasah agar sentiasa tajam untuk menghasilkan ukiran buah terbaik.
Bagi mendapatkan tona warna yang cantik dan menarik, gabungan pelbagai jenis buah dan sayuran yang berwarna warni amat penting.
Kini, kebanyakan kerja menghias makanan beradab dilakukan oleh pihak katering. Lebih mudah dan menjimatkan masa. Maklumlah orang sekarang semua nak cepat dan mudah. Tak mahu kerja remeh temeh ni.
Namun, bagi yang ingin menjimatkan bajet katering, apa salahnya mencuba buat sendiri gubahan makanan beradab sendiri.
Jom tengok beberapa idea gubahan makanan beradab yang anda boleh cuba!