5 Sebab Anda Patut Putuskan Segera Pertunangan Dengan Si Dia

putus tunang-min

Bila kita mencintai seseorang, akan tiba suatu saat di mana topik perkahwinan akan dibincangkan bersama. Ya, inilah matlamat sebenar sebuah percintaan. Cinta yang tiada hala tuju hanya membuang masa dan meletihkan emosi.

Dikala ramai dikalangan kita yang tidak sabar menanti detik indah, ada sesetengah mereka diluar sana masih lagi ragu-ragu dalam perhubungan.

Dari fizikal pasangan semuanya sempurna. Sama cantik sama tampan. Namun, jauh di lubuk hati terasa seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

Jika anda melihat adanya tanda-tanda berikut dalam hubungan anda dengan si dia, ambil masa untuk fikir balik masak-masak.

Cuba ‘slow down’ atau putuskan pertunangan anda sebelum terlambat!

Adakalanya perpisahan itu lebih baik bagi kedua belah pihak.

restu ibu bapa

RESTU IBU BAPA

Restu ibu bapa adalah perkara yang penting dalam perkahwinan. Ada perkahwinan yang ‘terkandas di tengah jalan’ kerana tidak mendapat restu dari ibu bapa.

Jika pertunangan anda tidak direstui ibu bapa, fikir, renung dan buatlah keputusan yang terbaik kerana anda masih mempunyai masa sebelum memasuki alam perkahwinan.

Walaupun ada segelintir manusia menganggap bahawa ia kedengaran ‘cliché’ namun sebenarnya restu ibu bapa memberi impak yang besar dalam perkahwinan.

Apabila mereka merestui, keberkatan akan melimpah ke dalam perkahwinan anda.

suami berfoya-foya

BAKAL PASANGAN JAUH DARI KEHIDUPAN BERAGAMA

Apabila bakal pasangan melakukan perkara yang jauh tersasar dari landasan agama walaupun sudah dinasihati berkali-kali, adakah anda bersedia untuk menjalani kehidupan bersama bakal pasangan seperti ini?

Untuk kaum Hawa, adakah anda bersedia untuk kehidupan anda yang akan dipimpin lelaki sebegini? dan untuk kaum Adam, adakah anda bersedia untuk memimpin wanita ini dalam kehidupan anda?

DEMI MARUAH

Setiap langkah yang kita bukan sahaja membawa maruah diri sendiri malah juga membawa maruah keluarga. Bahkan setiap perkara yang dilakukan sering dikaitkan dengan maruah diri sendiri dan juga keluarga.

Apalagi tentang pertunangan di mana ia adalah fasa permulaan yang menyatukan hubungan kedua buah keluarga dan sering menjadi perhatian orang sekeliling.

Jika bakal pasangan anda melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan maruah, bukan sahaja maruah si dia yang akan tercalar, malah maruah keluarga turut terkesan.

orang ketiga dalam bercinta

ORANG KETIGA??

Orang ketiga sering menjadi punca terputusnya sebuah hubungan sama ada percintaan, pertunangan mahupun perkahwinan yang mendorong kepada perceraian sekaligus memudarkan kepercayaan kepada pasangan.

Kehadiran orang ketiga dalam sesebuah hubungan menunjukkan bahawa pasangan anda tidak serius dalam perhubungan.

Ini kerana tiada usaha dilakukan untuk mempertahankan hubungannya dari diganggu orang ketiga, atau erti kata yang lebih mudah, curang dan tidak setia.

Jika bakal pasangan anda curang ketika dalam tempoh pertunangan, adakah anda akan membiarkan perkara ini terjadi lagi apabila anda memasuki alam perkahwinan?

kahwin paksa

DIPAKSA ATAU TERPAKSA??

Secara realitinya pada masa kini, jarang sekali kita mendengar tentang kisah mengenai ‘perkahwinan yang di paksa’ walaupun drama-drama yang disiarkan pada siaran televisyen kini sering menjadikan perkara tersebut sebagai jalan cerita.

Namun saya percaya bahawa masih ada segelintir yang menghadapi ‘perkahwinan paksa’ dalam realiti kini. Jika anda salah seorang daripadanya, sebaiknya anda fikir dan bertindak segera kerana ini adalah fasa terakhir anda sebelum memasuki alam perkahwinan.

Jangan seksa diri anda. Anda berhak memilih sendiri kebahagiaan anda. Berhenti dari terus mengikut telunjuk orang lain!

Memutuskan pertunangan bukanlah satu perkara yang mudah. Namun jika ia membawa kepada kebaikan, terimalah dan hiduplah dengan kebahagiaan yang anda impikan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: